Suara Kebaikan


10 RAHSIA ORANG-ORANG BERJAYA.


1. Bergaul dengan orang-orang yang berjaya
Circle of friends’ benar-benar memainkan peranan dalam menentukan sejauh mana anda boleh pergi. Pernah dengar kan, ‘Kalau nak berbau wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi!’

2. Lakukan apa yang anda cinta
Siapa yang tak mahu lakukan apa saja untuk apa yag mereka cintai? Siapa? Semua orang pasti rela melakukan segala yang mungkin demi sesuatu yang dicintai. Jadi cari sesuatu yang anda cintai dan keep going for it! Kalau tak jumpa, cuba kenal, suka dan cinta apa yang anda sedang usahakan. Pasti berbaloi juga hasilnya.

3. Kekal positif
Positif terletak pada minda dan diri sendiri. Pilih untuk gembira atau pilih untuk bersedih. Minda yang positif menarik perkara-perkara yang positif juga. Tak percaya? Cuba positifkan minda anda hari ini dan katakan anda akan berjaya menyelesaikan to-do-list anda menjelang jam 5 petang. Percaya, yakin, positif dan lakukan. InsyaAllah menjadi!

4. Berhenti beri alasan
Alasan hanya untuk orang yang malas! Alasan = bermalas-malasan! Kejayaan tak suka pada orang yang malas. Jadi berhenti cari alasan sebaliknya usaha untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan tepat dan cepat!

5. Berani ambil risiko
Risiko sentiasa ada. Sama ada kecil atau besar, jika anda mahu berjaya, anda tetap perlu hadapinya. Risiko penolakan? Risiko kejatuhan? Redah dengan ilmu persediaan dan kumpulkan sebagai pengalaman. Tak cuba, tak tahu!

6. Terus langkah ke depan
Masa depan bermula dengan langkah hari ini. Kejayaan dan impian ada di hadapan. Jadi nak undur ke belakang atau teruskan berjalan? Ambil apa yang berlaku hari ini atau semalam sebagai pengajaran supaya tidak lagi melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

7. Pilih rakan sebaiknya
Rakan yang baik membawa kita ke hadapan. Rakan yang kurang baik sentiasa menekan kita untuk terus ketinggalan. Pilih rakan anda yang sentiasa boleh membantu anda mencapai impian anda. Jauhkan diri dari rakan negatif dan menjatuhkan.

8. Kumpul pengalaman, bukan barangan
Berbelanja lebih untuk ilmu dan pengalaman adalah lebih berharga berbanding mengumpul barangan! Meskipun aset itu penting, tapi seimbangkan dengan ilmu dan pengalaman juga! Laburkan sebahagian wang untuk ilmu dan pengalaman supaya kita akhirnya boleh mengumpul lebih banyak barangan (aset)!

9. Peka, bukan pekak!
Peka dengan keadaan dan perubahan sekeliling. Bukan pekakkan telinga! Pastikan anda tak ketinggalan untuk mana-mana peluang yang memungkinkan anda mencapai impian anda. Always look for opportunities!

10. Jangan tamak, tetapi berkongsilah
Orang tamak selalunya rugi! Berkongsi, bersedekah, memberi itu takkan mengurangkan harta atau ilmu yang anda ada. Sebaliknya membuka ruang lebih besar dan banyak untuk perkara yang baru! Yakin dan jangan lokek.

InsyaAllah, anda akan temui lebih lagi bila anda tanamkan sikap memberi dan berkongsi ini.

Terima Kasih Pada Penulis

Comments

  1. Thanks for the tips Lynn..
    Untuk berjaya, kita harus sentiasa berfikiran positif.

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K
www.wasap.my/60126694148/womenpower

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI