Apa itu Pap Smear ?

Dapatkan Rawatan Percuma di Klinik Nur Sejahtera & Klinik Subfertiliti LPPKN

1 September 2017 hingga 30 November 2017

datang beramai-ramai.


Pap Smear


Alahai, doktor suruh aku buat ujian pap smear minggu depan. Baru lepas abes pantang ni dah nak kena buat ujian pap smear lepas bersalin ke? Dengar-dengar macam takut pula, segan pun ada. sakit tak ye? ''
3 sebab kenapa wanita perlu buat pap smear :
 DAPAT MENGENALPASTI PERUBAHAN SEL SERVIKS YANG MUNGKIN MENJADI KANSER / SARINGAN AWAL
Pemeriksaan Pap smear / Calitan pap adalah sejenis prosedur yang perlu dilakukan dalam tempoh berkala bagi mengesan perubahan pada sel pangkal rahim di peringkat awal sebelum ia dapat berubah menjadi sel kanser. 
pap smear adalah untuk saringan sahaja. 
Jika dah ada kanser pangkal rahim, tiada manfaat untuk menjalani ujian pap smear.
keputusan pap smear yang tak normal bukanlah bermakna anda menghidap kanser serviks. Sebaliknya, ia mungkin juga menunjukkan terdapat jangkitan lain dan memerlukan pemeriksaan lanjut, ATAU anda hanya mempunyai perubahan sel serviks pada tahap awal yang mungkin berubah menjadi kanser jika tidak dikenalpasti dan dirawat
kata kunci nya - pemeriksaan berkala. Kalau buat sekali saja, normal dan takda ulangan pap smear selepas itu, tidak menepati objektif membuat ujian pap smear.
Pemeriksaan ini bukanlah perlu dibuat setiap bulan atau setiap tahun. Biasanya ujian kali pertama dan kedua dilakukan sekali bagi setiap 2 tahun. Sekiranya keputusan itu normal, anda hanya perlu mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Hal yang demikian kerana masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tiga tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah lebih baik sebelum ia menjadi kanser.
 PROSEDUR MUDAH, CEPAT & TAK MENYAKITKAN
tak sampai 5 minit pun kalau saya yang buat Pap Smear tu. yang penting jangan nervous dan jangan keraskan badan. susah speculum tu nak masuk dan pap smear dilakukan. 
tarik nafas dan hembus, bertenang, you will be fine !
Cara-cara :
Selepas seluar dalam ditanggalkan, anda perlu berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
Spekulum akan dimasukkan ke dalam vagina untuk ‘membuka’ laluan dan memudahkan doktor melihat keadaan pangkal rahim dan dinding vagina.
Doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel daripada serviks. Ada yang menggunakan berus kecil. fungsinya sama.
Sampel ini akan dilabel nama anda, dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi, di bawah mikroskop
 MURAH, BOLEH DILAKUKAN Di MANA-MANA KLINIK/HOSPITAL
kebanyakkan klinik kesihatan ibu dan anak / klinik kerajaan ada menawarkan pemeriksaan pap smear ini dengan percuma untuk warganegara Malaysia, di seluruh negara.
Anda dikenakan bayaran jika memilih untuk membuat pap smear di klinik atau hospital swasta. Harganya tidaklah beribu-ribu ringgit, bergantung kepada tempat yang anda pilih.
Bukan semua wanita kena buat pap smear ni, cuma untuk mereka yang dah berkahwin dan pernah melakukan hubungan kelamin sahaja. Jangan pula bawak anak perempuan umur 10 tahun untuk buat pap smear.😝
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan 
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sila Follow FB :↪ Dr Muhammad Izzat

banyak lagi info yang menarik

Dan Sila Follow FB:↪ Medical Mythbusters Malaysia



Harga rawatan Pap Smear tak mahal  tau uolls,harga serendah RM45.00 sahaja,di klinik swasta.

BUKAN SELALU PUN kita kena buat,hanya 2 tahun sekali ,

sayangi lah nyawa dan keluarga yang masih memerlukan kita wahai sahabat ku sekalian alam,

Share kalau anda rasa info ini sangat-sangat membantu.

Cegah kanser seawal mungkin

yang menarik  lagi di  SINI

Comments

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Sembang Santai
#gctea
#colostrumnanocentaplus
#suhoorcerealgranola
#clenztox
#peetayaskincare
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

http://KesihatanKejelitaan.wasap.my

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog

Ujian saringan kumpulan darah

Bawang Putih dan Bawang merah tidak boleh dicampurkan? Kenapa....!!!