Susulan Imam ditampar (Wargaasing masalah mental rupanya)

Image Google
Image Google
 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum

Seorang imam Masjid Negara, Kuala Lumpur Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ditampar seorang warganegara asing ketika mengimamkan solat Jumaat hari ini.
Menurut maklumat polis, dalam kejadian pada rakaat pertama itu, warganegara India itu tampil menolak badan iman sebelum menamparnya dan cuba mengambil alih peranan itu.


Kejadian itu membuatkan solat Jumaat terganggu sebentar.
Menurut polis lagi, lelaki 31 tahun itu kemudian ditarik keluar oleh petugas masjid dan diserahkan kepada polis bertugas.
Dia ditangkap dan dibawa ke balai polis Tun HS Lee tidak jauh dari situ untuk tindakan lanjut.
“Siasatan juga dapati suspek nampak seperti tidak betul dan bercakap seorang diri.
“Menurut suspek semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat tersebut berlangsung,” katanya.
Zuhairee, 39, membuat laporan polis berkaitan hal itu hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah sebagai berkata, lelaki yang bertindak menampar Imam tersebut mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu.
Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semasa rakaat pertama solat berkenaan yang dipimpin oleh Mohd Zuhairee.
Lelaki warga negara India berusia 31 tahun itu datang dari arah belakang ketika imam sedang membaca surah al-Fatihah, kata Zainol.
Difahamkan lelaki berkenaan cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Mohd Zuhairee namun gagal menyebabkannya berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba.
Pihak pengurusan masjid kemudiannya membawa lelaki berkenaan keluar serta-merta dan menyerahkannya kepada pihak polis.
Zainol berkata lelaki itu telah ditahan polis dan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
"Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan dipercayai mengalami masalah mental dan sering bercakap seorang diri," katanya.
Zainol berkata imam itu ditampar di sebelah pipi kanan dan telah menyebabkan mangsa mengalami sakit kepala akibat kesan tamparan.
Insiden itu berlaku selama kira-kira tiga minit sebelum Mohd Zuhairee kembali mengimamkan solat Jumaat dan meminta semua makmum solat semula.
Bilal bertugas Mohamed Shukri Che Yusoh, 23, berkata beliau tidak menyangka insiden itu boleh berlaku.
"Sebelum ini tidak pernah berlaku perkara seperti ini di sini (Masjid Negara), saya agak terkejut dan syukur keadaan terkawal,” katanya.
Sementara itu, pihak pengurusan Masjid Negara membuat satu laporan polis berhubung kekecohan ketika solat Jumaat di masjid itu hari
ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata laporan itu dibuat selepas memikirkan isu
keselamatan.
"Jakim dan Masjid Negara sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jakim kesal kejadian itu berlaku dan berharap lelaki warga asing itu dibawa ke muka pengadilan berdasarkan kepada undang-undang negara.
Othman turut memuji komitmen Mohd Zuhairee yang tetap meneruskan tugas sebagai Imam Solat Jumaat dan Solat Hajat selepas insiden itu.

Dalam pada itu, Jakim menafikan adanya pergaduhan atau spekulasi berkaitan isu kandungan khutbah dan fahaman yang menyentuh pihak atau kumpulan tertentu.

Comments

  1. salam Lin..lama tak singgah sini.
    Macam-macam orang ada sekarang ni...takut jugak

    ReplyDelete
  2. mcm2... hantar blk je laa org mcm ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI