SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI QURRATUL AIN

(masej yang diterima dari WA)



(masej dari Ustazah Norlida kepada saya)
sesi perbincangan dari kumpulan kami sebelum menghantar barang-barang keperluan
Ketibaan kumpulan kami di Sekolah Rendah Islam Integrasi Qurratul Ain

Ramai yang menghadirkan diri dan menghulurkan bantuan.
Kata Pak ustaz, di situ macam hari raya meriahnya

Barang-barang keperluan yang diterima

Di Sekolah ini juga mereka mengadakan kelas menjahit.

Kami bersama tukang masak di Sekolah tersebut.

Sempat jugalah adik-adik nie berselfie.

Menyerahkan hasil sumbangan kami.
Dah selesai semuanya, kami singgah sebentar di Cendol Bakar



 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalammualaikum

Tanggal 1 November 2014 bersamaan 8 Muharram Jam 2.30 petang bergerak lah kami, wakil dari bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Puchong Batu 14 tahun 1993 ke

Sekolah Rendah Islam Integrasi Qurratul Ain yang beralamat di Lot 979 Jalan Burhan KG Giching Salak 43900 Sepang Selangor.

Perjalanan Dari Puchong ke sana mengambil masa selama 30 minit.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan tidak sebarang bencana yang berlaku.

Minggu lepas kecoh juga lah , berita ini di WA (Whatsapp).

Berita yang disampaikan, melalui masej WA itu adalah dari pihak ketua Kampung yang datang melawat ke sekolah tersebut.

Kebetulan bekalan makanan di Sekolah tersebut hanya tinggal sedikit sahaja.

Selepas masej diwar-warkan alhamdulillah rezeki anak-anak yatim dan juga asnaf disitu,
mencurah-curah bagaikan cendawan tumbuh.

Sekiranya ada dari pihak tuan/puan ingin membuat sumbangan saya cadangkan berikanlah  dalam bentuk kewangan.

Sekolah ini juga telah berdaftar dengan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).

Seramai 120 orang penghuni di Sekolah tersebut termasuk tenaga pengajar sekali.

Sekolah ini juga hampir 3 tahun lamanya sudah beroperasi.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi ditalian yang tertera dibawah.....

Ustazah Norlida - 010 5081997 atau Ustaz Jaafar - 018 6682732









Comments

  1. Alhamdulillah..semoga Allah membalas dgn segala kebaikan..aamiin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...murah rezeki mereka..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah walhamdulillah... semoga Allah memberkati segala usaha yg murni ini... aamiin.

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah semoga ALLAH memberkati segala niat baik ini

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah sampai dah hajat kami..
    insyaallah akan dilaksanakan lagi usaha sebegini..
    amin..

    ReplyDelete
  6. Banyak bekalan beras tu.
    Kat mana lokasi sekolah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lot 979 jalan burhan kg giching salak sepang

      Delete
  7. Dulu sek ini hanya sri qurratul ain. Di sek 2 shah alam. Blh sy dapatkan number ustazah yg ada??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustazah Norlida - 010 5081997 atau
      Ustaz Jaafar - 018 6682732

      Delete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K
www.wasap.my/60126694148/womenpower

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI