Penyakit Kencing Tikus Meningkat...


Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis di Pahang meningkat dari tahun 2011 hingga 2013, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata kes dicatat di seluruh negeri tahun lepas ialah 277 berbanding 163 pada 2012 dan 135 pada tahun sebelumnya.


Beliau berkata antara daerah yang mencatat kes tertinggi ialah Kuantan, Jerantut, Lipis, Pekan, Maran dan Temerloh.
Kes kematian yang berpunca daripada penyakit tersebut juga meningkat tahun lepas iaitu lima kes berbanding sifar pada tahun sebelumnya, dan satu kes pada 2011, katanya menjawab soalan Lee Chin Chen  di persidangan Dewan Undangan Negeri.Klik sini selanjutnya
"Kerajaan negeri mengambil pelbagai tindakan bagi mengelak penyakit Leptospirosis dari terus merebak, antaranya melalui aktiviti pendidikan kesihatan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan hospital," katanya.
Norol Azali berkata kerajaan negeri turut mengeluarkan garis panduan mengenai pengurusan pusat rekreasi sungai dan air terjun bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit bawaan air.
"Jabatan Kesihatan Negeri juga telah mengadakan kursus pengurusan Leptospirosis kepada anggota kesihatan dan perubatan yang terlibat dalam pengendalian penyakit bagi meningkatkan kefahaman mengenainya," katanya. –  Bernama, 18 Ogos, 2014.

______________________________________________________

P/s :-Jom kita menjaga kebersihan di rumah dan jauhi tikus dari anda & hati-hati ketika berkelah di air terjun.


Comments

  1. bahaya penyakit ni...blh bawa maut...sjak ada outbreak pasal kes tu, mmg dah jarang sangat2 pergi mandi air sungai

    ReplyDelete
  2. kencing tikus sangat merbahaya..

    ReplyDelete
  3. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ bahayanya sekarang macam2 penyekit akibat haiwan..hati2

    ReplyDelete
  4. Macam-macam virus ada...Yang penting kena jaga kebersihan..kena selalu basuh tangan..

    ReplyDelete
  5. Kes kencing tikus ni memang bahaya. Banyak akibatkan kematian.

    ReplyDelete
  6. kalau demam lebih 3 hari tak baik2
    anda dinasihatkan buat blood test dan dptkan
    rawatan dgn segera

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI