Kena lebih Berhati-hati ketika diurut...

Gambar Hiasan

MIRI: Seorang pelanggan lelaki meninggal dunia ketika sedang diurut di sebuah pusat refleksologi di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian jam 12.01 malam itu, Yap Kien Bun, 41 tahun yang berasal dari Perak, dikatakan tidak sedarkan diri semasa badannya diurut di pusat berkenaan.

Katanya, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan pekerja pusat berkenaan namun gagal sebelum menghubungi Hospital Miri.

"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepadaBernamadi sini hari ini.

"Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan atau kesan luka dikesan pada tubuh mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Miri," katanya.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.


__________________________________________________________


Comments

  1. kalau dah ajal.... innalillahwainnalillahirojiun...

    ReplyDelete
  2. Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia by kak maria..done follow sini.. Salam syawal, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  3. ish tak sangka ya..kena berhati2 la ..
    bkan boleh sbarangan nak mgurut

    ReplyDelete
  4. Nak urut orang pun kena hati2. .takut lagi teruk plak

    ReplyDelete
  5. kena cari yang betul2 berpengalaman ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog

Bawang Putih dan Bawang merah tidak boleh dicampurkan? Kenapa....!!!