Barbie Dan Fesyen

Barbie

Tidak dinafikan patung Barbie telah berjaya mencipta imaginasi dalam kehidupan generasi kanak-kanak terutamanya. Malah tidak keterlaluan untuk katakan ada wanita dewasa yang masih memiliki atau mengumpul koleksi patung Barbie. 


Setiap patung Barbie dilengkapi aksesori dan juga pakaian yang turut memberi inspirasi kepada kanak-kanak atau wanita ketika berfesyen. 
Oleh itu syarikat pencipta patung Barbie, Mattel Inc. telah merancang untuk menampilkan koleksi ready-to-wear untuk wanita.


Mattel Inc. bakal bekerjasama dengan jenama Amerika Syarikat iaitu Lord & Taylor, Wildfox dan Forever 21 bagi menghasilkan koleksi yangchic dan terkini mengikut ikon fesyen tahun 1950-an, 1980-an dan 1990-an. 

"Peminat Barbie meliputi pelbagai lingkungan usia dan kebanyakan kanak-kanak yang bermain dengannya telah meningkat dewasa. Kami mahu memastikan koleksi inspirasi Barbie ini sesuai untuk setiap lingkungan usia," ujar Jessica Dunne yang merupakan Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Mattel Inc. seperti dipetik dari WWD. 

Koleksi inspirasi Barbie ini merangkumi aksesori, baju T, baju lengan pendek, bodysuit dan banyak lagi. 

Ia bakal berada di pasaran bermula 6 September depan sempena musim luruh.
_________________________________________________________ 

P/S :- Pasti Anak-anak kecil tertunggu-tunggu, keluaran terkini dari Barbie,
            Termasuk lah ibu-ibunya juga macam saya…
            Jom kita beli satu,comey jer kan Barbie ni.


Comments

  1. Dari kecil sampai sekarang dengar Barbie je tapi tak dapat miliki.. Takpe.. tak berapa nak minat dah ^^"

    ReplyDelete
  2. Lama juga dah Barbie ni laris di pasaran... tetap laris..

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog