Wartawan Rusia Letak Jawatan Kecewa Liputan Berat Sebelah

Selanjutnya Disini

Apakah Selepas ini Misi Pencarian MH370 akan terungkai...
Bersama-samalah kita memohon pada Allah Swt supaya tragedi yang menimpa negara kita "Malaysia",
Akan terjawab....

Inikah Hikmah yang tersurat dan tersirat yang Allah Swt nak tunjukkan kepada kita semua...

Mudah-mudahan segala urusan berjalan dengan lancar.

#prayforMH370
#prayforMH17
#prayforGaza
#tragediMH17
#salamtakziah

___________________________________________________________
Seorang wartawan Rusia yang ditugaskan di London mengumumkan meletak jawatan dari tugasnya atas alasan sangat kecewa dengan cara liputan yang disiarkan oleh majikannya stesen televisyen RT (Russian Today) berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas pada Khamis, lapor Astro Awani hari ini.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi saya berpegang kepada kebenaran,” kata Sarah Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.
Sementara itu, stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia dalam reaksinya kepada AFP berkata “Firth meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran.”
“Kami percaya kebenaran adalah dari kaca mata wartawan kami di lapangan dan bukan apa yang dilaporkan oleh akhbar di London,” kata Anna Belkina seorang jurucakap stesen itu menerusi e-mel, lapor Awani.
Tambahnya, RT tidak terkejut dengan keputusan Firth itu kerana wartawan itu dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar kerja.
Peletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu, terutamanya menerusi laman Twitter.
Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.
“Apa yang saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.
“Penipuan,” jawab Firth. “ Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.
“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya.
Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.
Laporan terakhirnya dari London adalah Selasa lalu.
Amerika Syarikat sebelum ini berkata mereka percaya pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Ukraine.
Stesen RT bagaimanapun melaporkan pihak Ukraine yang harus dipersalahkan dengan mendakwa peluru berpandu dilancarkan oleh negara itu tanpa memaklumkan sistem terbabit juga berkemungkinan digunakan pihak kumpulan pemisah.
RT sememangnya menjadi tumpuan atas laporannya yang ternyata berat sebelah dan cenderung kepada Moscow terutamanya berkaitan krisis di Ukraine.
Mac lalu wartawannya, Liz Wahl membuat pengumuman meletak jawatan sewaktu satu siaran langsung.
RT sebaliknya menuduh Wahl hanya cuba mempromosi diri. – 19 Julai, 2014.



Comments

  1. Semoga Allah tunjukkan kebenaran... aamiin.

    ReplyDelete
  2. mestilah frust kan.. kita bekerja kerana ikhlas untk memberitahu satu dunia ttg apa yg berlaku...

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI