Sedekahkan AL-Fatihah jalan yang terbaik.....#prayforMH17

Rakyat yang prihatin ,contohinya....
En suami snap gambar nie  on the way balik kerja.....

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Assalammualaikum

-Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.
-Maha pemurah lagi Maha Penyayang.
-Yang menguasai di Hari Pembalasan
-Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada
  engkaulah kami meminta pertolongan.
-Tunjukilah kami jalan yang lurus
-yaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat
  kepada mereka;bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan
  bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
“ Amin”

___________________________________________________

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan mahupun gambar mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine semalam.
Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi juga meminta orang ramai supaya tidak berkongsi, meletakkan pautan atau memaparkan kandungan menyayat hati itu dalam laman sosial.
"Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya menghormati jasad mereka yang kehilangan nyawa serta anggota keluarga waris dalam tragedi MH17 semalam.
"Kami semua turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa," katanya dalam laman Facebook SKMM hari ini.
Pesawat MAS itu yang membawa 298 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. – Bernama, 18 Julai, 2014.

___________________________________________________
Jalan yang terbaik kita sebagai rakyat yang prihatin  tolong jangan,
 sebarkan gambar-gambar atau video2 yang berkaitan dengan,
 bencana-bencana yang telah menimpa pada mereka.

Kasihanilah mereka hormatilah jasadnya dan juga perasaan ahli keluarga mereka,
 yang terlibat dengan tragedi musibah tersebut.

Sedih bila mengenangkan musibah yang terjadi....

Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya
yang tersurat dan tersirat......................
Dibulan yang mulia dan suci ini iaitu bulan terakhirnya ramadhan,
 marilah kita umat Islam beramai-ramai berdoa memohon kepada Allah Swt,
 supaya hidup kita lebih diberkati dan sempurna.

Banyakkan sedekah AL-Fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi untuk yang beragama islam,
Semoga ROH-ROH mereka ditempatkan di dalam orang-orang yang beriman dan syahid 
insyaallah amin ya rabiualamin….

#prayforMH370
#prayforMH17
#prayforGaza
#tragediMH17
#salamtakziah
Sekian wasalam....

Comments

  1. Al Fatihah..Semoga roh mereka tengan disana....

    Promoted content for you...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah... ia menjadi tanggungjawab kita semua kpd saudara seagama kita. Semoga roh mereka tenang di sana... aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog