Kita tidak boleh menghukum orang lain tanpa sebab.


1.                       
 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum

Meskipun menjadi kesalahan bagi seseorang memakai pakaian tertulis ayat al Quran, masyarakat negara ini tidak boleh terlalu cepat menghukum, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Apatah lagi menganggap individu tersebut sebagai musuh Islam tanpa menyelidik latar belakangnya terlebih dahulu.
Katanya, mereka yang tersalah menggunakan ayat al-Quran mungkin tidak bermaksud menghina agama, namun ia berlak‎u kerana kurangnya pemahaman tentang Islam.
"Memakai pakaian yang ada ayat al Quran memang boleh membawa kepada perbuatan memperlekehkan ayat-ayat suci itu. Ia satu kesalahan. Namun bukan semua orang tahu ataupun sedar kesan perbuatan itu.
"Mereka ‎ mungkin tidak bermaksud untuk menghina tapi tidak tahu adab-adab sewajarnya," katanya dipetik dalam laman Facebook DrMaza.com hari ini.
Bekas mufti itu menulis status berkenaan dipercayai mengulas mengenai penyebaran gambar wanita pertengahan umur memakai baju yang mempunyai tulisan ayat al Quran pada minggu lalu.
Turut tersebar sekeping lagi gambar menunjukkan seorang lelaki berbaju kurta putih mengangkat jari telunjuk kanan seolah-olah memberi amaran kepada wanita berkenaan sambil diperhatikan pekerja pasaraya berkenaan.
Ahad lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya mula menyiasat kes seorang wanita itu yang gambarnya tersebar luas di media sosial sejak semalam.
Khalid berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu warga Korea yang baru tiba di Malaysia dan memakai pakaian yang dibelinya di India.
“@PDRMsia sudah mula siasat kes ‘makcik’ tu.  Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu di India. Biar kita siasat lanjut. Semua bersabarlah,” katanya melalui akaun Twitter miliknya @KBAB51.
Selain itu, Mohd Asri juga menggesa masyarakat Islam di negara ini agar bertindak matang selain tidak terus menghukum tanpa mengetahui latar belakang sesuatu perkara.
"Dalam hidup ini kita hendaklah membezakan antara tindakan seseorang yang bertitik-tolak daripada permusuhan, dengan tindakan seseorang disebabkan kesilapan atau salah faham.

"Justeru, sebelum menghukum kita hendaklah tahu latar belakang tindakan mereka, berbicara dengan matang sebelum bertindak kasar menghukum," katanya. –
Makcik ni dia tak tahu menahu pasal ayat2 suci AL-Quran,
mungkin dia nampak warna baju tu menarik sgt....
dan terbeli lalu memakainya...
Dugaan untuk kita sebagai orang Islam lebih2 lagi di bulan ramadhan ini.
Dunia sana sini,berdoa memohon pada Allah Swt menghindarkan perkara2 yg tidak diingini 
berlaku lagi.Insyaallah...

Comments

  1. Pembuat baju tu mmg sepatutnya dibawa kemuka pengadilan...

    ReplyDelete
  2. Betul kita tak boleh menghukum tanpa menilai..Islam tak ajar kita jadi zalim kan Lyn..

    Salam Aidil Fitri buat Lyn & family. Mohon maaf jika ada yang tersentuh sepanjang kita berblogging k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran
      maaf zahir batin dari saya juga

      Delete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K
www.wasap.my/60126694148/womenpower

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI