Cerebral Palsy (kelumpuhan Otak Besar)...

kanak-khas/pengendalian-kanak-kanak-cerebral-palsy


Polis mengesahkan sudah menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditinggalkan keseorangan di Flat Taman Semarak, Nilai. Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdullah Roning memaklumkan, wanita berusia 40 tahun itu ditahan ketika dipanggil ke balai polis pada petang sabtu.

Saya paste&copy untuk renungan bersama.
Apa itu Cerebral Palsy (CP)?
Merupakan satu kondisi yang berlaku akibat kerosakan otak yang terjadi semasa di dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran. Kebolehan mengawal pergerakan otot yang terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan & mengimbangkan diri. Kanak-kanak cerebral palsy mempunyai peluang yang terhad untuk bermain, meneroka persekitaran dan berfungsi akibat masalah tersebut.
Kepentingan posisi untuk cerebral palsy
Kanak-kanak cerebral palsy sukar melakukan pergerakan otot yang dikehendaki untuk memposisikan dan mengekalkan postur badan pada kedudukan yang betul dan ini mendedahkan mereka kepada risiko kecacatan yang berkekalan. Keadaan ini menjadi semakin sukar sekiranya masih terdapat refleks primitif yang sepatutnya sudah tiada pada usia tertentu.
Pertubuhan dan Sokongan untuk Cerebral Palsy
Terdapat banyak agensi kerajaan dan NGO yang memberi perkhidmatan penjagaan, pembelajaran dan pemulihan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy di Malaysia:
  1. Pusat-pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) yang terdapat diserata Malaysia. Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat setempat untuk maklumat lanjut.
  2. The Cerebral Palsy (Spastic) Children’s Association of Penang, 425, Jalan Masjid Negeri, 11600 Penang, Malaysia.
  3. Spastic Children’s Association of Johor, 138, Jalan Dato Menteri, 80100 Johor Bahru. Email: spasticjohor@yahoo.com
  4. Spastic Children Association of Selangor and Federal Territory (SCASFT), 14, Lorong Utara, PO Box 48,46700, Petaling Jaya
  5. Persatuan Kebajikan Bagi Kanak-Kanak Cerebral Palsy Perak (Cerebral Palsy Children Welfare Association Of Perak), C/O Kpmg, C-1-3,1st. Floor, No.2, Persiaran Greentown 3, Greentown Business Centre, Ipoh, 30460, Kinta, Perak
  6. Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) Jalan Padang Tembak, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Bersama-sama lah kita membantu kanak-kanak OKU.
Sedih bila ada pihak yang sanggup memperlakukan pada kanak-kanak yg tidak berdosa seperti ini.
Berat bahu memikul berat lagi mata yang memandang.



Comments

  1. Thanks Lynn..info yang baik bagi mereka-mereka yang ada masalah ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...
      kadang2 dia org tak tahu nak refer
      pada siapakan..kita kat sini (malaysia)
      ada badan2 NGO yg sedia membantu..

      Delete
  2. sdh melihat kejadian menimpa adik firdaus ni.....Tq for sharing...baik untuk tambahkan Ilmu...

    ReplyDelete
  3. Yelah ....tq Linda berkongsi ilmu.....

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing..maklumat yang sangat berguna untuk parents yang ada anak yang mengidap cerebral palsy ni

    ReplyDelete
  5. Bagus info ni.. pengetahuan buat kita semua. Thanks sharing Lynn.

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K
www.wasap.my/60126694148/womenpower

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI