Hantu Kak Limah Cipta Sejarah 2018 Filem Melayu Terbaik


 HANTU KAK LIMAH CIPTA DIMENSI BARU RAIH RM32.5 JUTA!

Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.

Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkakan sambutan Hantu Kak Limah mampu pergi sejauh ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini.

Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali. 

Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga.
HKL masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Lebih membanggakan apabila filem ini berjaya menduduki carta nombor satu kutipan panggung mengatasi filem antarabangsa yang lain.

HKL membariskan pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.


(siapa suka lepas mandi lilit towel macam ni,hihi)
HKL 2018 pun ada tau babak lilit towel Dato Awie...


Filem-filem arahan Mamat Khalid
yang menjadi perhatian sebelum ini diantaranya
adalah
Zombi Kampung Pisang,
Hantu Kak Limah Balik Rumah,
Husin Mon & Jin Pakai Toncit,
Zombi Kilang Biskut,
Werewolf dari Bangladesh

Petikan dialog yang jadi ikutan HKL

"Kalau hantu jepun mai camne?"

"Cakap jelah kita dah merdeka.."

"Kalau ada masalah sebut jer Per Per!!

yang paling best,boleh renew road tax tau!!

(kihkhikih)

siapa yang belum tengok ,memang wajib pergi dengan family
hilangkan stress

gelak tak habis-habis

Betul tak abang khuda??



(Arahan Mamat Khalid.)



Lepas ni kita tunggu kot-kot
hantu bunian pulak?




Comments

  1. Saya belum tengok lagi sebab jarang tengok cerita melayu. Tapi cerita arahan mamat khalid yang saya suka sampai sekarang walaupun macam bodoh bodoh tapi seronok bila tengok ialah Man Laksa. Lawak betul !

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik ni. Bila la nak tengok

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi tapi teringin gila nak tengok heheh nice review kak! :D

    ReplyDelete
  4. sy dgr kelmarin dah smpi RM35 juta... dasattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dasat bila andy lau juga merupakan
      pelabur dlm hantu kak limah

      Delete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)

Sebarang Pertanyaan Hubungi Cik Lynn

Jom Sembang Santai
Terima Kasih Berkunjung
#Gctea
#SFtea

Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K



TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.


ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
JAGALAH KESIHATAN SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog

KLINIK METRO MEDICS