Punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah Kencing Manis.

Punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia
adalah Kencing Manis.


Pesakit kencing manis sering dikaitkan kepada
serangan jantung dan penyakit buah pinggang

Kita sering dengar penyakit kencing manis akan menyebabkan 
mata menjadi buta,anggota badan akan di potong
apabila tidak dikawal

tetapi kita lupa pada buah pinggang yang menjadi
fungsi utama dalam sistem badan manusia


 Malaysia paling ramai pesakit
buah pinggang menjelang 2030
punca daripada penyakit kencing manis

Nauzubillah Min Zalik.

PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

1.Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. 


TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG 

1.Perubahan dalam pembuangan air kencing

2. letih sepanjang masa

3. bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan

4. mengalami ruam dan kegatalan

5. loya dan muntah-muntah

6. merasa sukar untuk bernafas

 7.  kerap berasa pening kepala




 APA PUNCA KENCING MANIS?

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan

faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

Berlebihan berat badan / kegemukan.
Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
Peningkatan umur.
Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

TANDA KENCING MANIS

1. KERAP DAHAGA DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM
2. BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN DRASTIK
3. JARAK PENGLIHATAN MENURUN
4. SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI
5. LUKA YANG LAMBAT SEMBUH.



Jom ikuti tips mengurangkan pengambilan gula.

“Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman”

Kesihatan lebih berharga dari kemewahan.

Gula Itu Racun


Gula Pengalak Kanser




Gctea 1001 Penawar

Gctea Best Seller!!!!


Comments

  1. ya, betul...arwah bapa saya pun mangalami nya..

    ReplyDelete
  2. kena pulak sekeliling kita penuh dgn 'benda manis' je kan... esp bla msk shopping mall...merata2 kiosk jual makanan / minuman manis yg menggoda selera...

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Sembang Santai
#gctea
#colostrumnanocentaplus
#suhoorcerealgranola
#clenztox
#peetayaskincare
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

http://KesihatanKejelitaan.wasap.my

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI