GULA KANSER OBESITI

GULA PASIR


Lumrah kehidupan kita suka makan/minum yang sedap belaka,
lidah kita dah biasa dengan kemanisan dalam pemakanan
Tahukah anda kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan banyak penyakit
Seperti kencing manis raja segala penyakit

Dan juga jumlah yang tertinggi sekarang ada lah kanser,
bermacam-macam lagi.

Bahaya ke bahaya?

JOM KITA BACA ARTIKEL DARI DOKTOR

DR PRASANTH SUBRAMANIAM :-

 Pengamal perubatan jagaan asas berkongsi kebimbangannya tentang kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau yang berpangkalan di Pulau Pinang mempunyai ijazah sarjana eksekutif kesihatan pencegahan dengan pengkhususan bidang kesejahteraan.

Ketagihan nombor satu manusia ialah gula. Pemakanan yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat boleh menyebabkan berat badan berlebihan serta Obesiti 

Bagaimanapun, bukan itu sahaja kesannya. Secara tidak langsung keadaan itu boleh meningkatkan risiko penyakit kanser.

Penyakit kanser yang dikaitkan dengan obesiti termasuk payudara, prostat, kolorektum dan pankreas.

Memang benar gula ”memberi makan” kepada setiap sel di dalam tubuh badan manusia termasuk sel kanser. Bagaimanapun, penyelidikan menunjukkan mengambil gula tidak semestinya menyebabkan kanser. Sebenarnya apa yang gula buat kepada garis pinggang kita yang boleh menjurus kepada kanser.

Mengambil kalori gula yang berlebihan mungkin akan menyebabkan berat badan yang berlebihan dan keadaan itu atau obesiti boleh meningkatkan risiko kanser dan penyakit lain.
Tidak seperti kepercayaan ramai bahawa lemak boleh menggemukkan seseorang, ketahuilah gula yang boleh menjadikan anda gemuk!

Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya mengambil banyak gula dalam kehidupan kita seharian dan sekiranya ia berlebihan, ini akan meningkatkan garis pinggang kita.
Mengurangkan pengambilan gula sahaja tidak mencukupi. Apabila membaca label makanan, carilah berapa kandungan gula dan gula yang tersembunyi di bawah nama : fruktosa, laktosa, sukrosa, maltosa, glukosa dan dekstrosa.

Gula asli iaitu molases, “agave nectar”, madu dan sirap mapel mengandungi antioksida tetapi masih juga perlu diambil secara sederhana.
Gula ada sumber tenaga untuk sel kanser. Gula disimpan oleh hati selepas proses penghadaman. Ini akan menjadi tisu adipos dan lebihan gula ditukar dan disimpan sebagai lemak.

Apabila lebihan gula disimpan sebagai lemak, komposisi badan sudah bertukar. Lebih lemak bermakna kurang otot. Ini juga bererti lebih banyak toksin, kurang air dalam sistem peredaran tubuh memandangkan otot terdiri daripada 80 peratus air.
Keadaan ini akan menjadikan sistem peredaran tubuh lemah dan proses detoks serta pengenyahan tergugat. Sistem imun menjadi rendah dan sebagai hasilnya boleh menyebabkan keradangan tahap rendah yang berterusan.

Apabila lebih banyak radikal bebas dihasilkan ini menyebabkan tekanan oksidatif.
 Apabila radikal bebas ini menyerang sistem tubuh badan manusia, akan berlaku perubahan antaranya proses penuaan semulajadi serta sel malignan berkembang lebih pantas daripada yang boleh disingkirkan. Akibatnya nanti berlaku tumor dan kanser.

Melihat kepada gaya hidup kita pada masa sekarang yang serba-serbi pantas, dipenuhi dengan pelbagai jenis hasil makanan yang sudah diubah secara genetik, tidak banyak bergerak tambahan pula tekanan hidup yang tinggi, bagaimana pula nanti nasib anak generasi akan datang.

Peratus obesiti dalam kalangan anak di peringkat kebangsaan ialah pada tahap 25 peratus. Apa yang kita tahu ialah 80 peratus anak yang menghadapi obesiti akan menjadi orang dewasa obes.
Perangkaan ini akan hanya meningkat sekiranya kira terus memburu impian juara dunia kita dengan mentaliti dunia ketiga dan dalam hal ini keadaan kesihatan serta kesedaran ke arah kesejahteraan hidup.

 Sekiranya 80 peratus kanak-kanak obes menjadi orang dewasa obes, kita akan berdepan dengan penduduk yang menghidap Diabetes, Obes dan Kanser dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.

Lihat sahaja di sekeliling kita. Apa tindak balas kepada jangkaan fenomena ini? Lebih banyak pusat onkologi dibina dan lebih banyak penyelidikan dijalankan untuk kemoterapi serta “oral disease modifying drugs”.

Secara jujur sejauh mana kita memberi perhatian kepada gaya hidup yang lebih sihat? Mengapa pihak berkuasa yang berada dalam kedudukan untuk mencegah keadaan ini daripada berleluasa tidak bertindak? Atau apakah pihak berkenaan hanya memikirkan keuntungan?
Sebagai rumusan, mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan kadar malignan kerana ia menjejaskan komposisi tubuh badan iaitu komponen air dan lemak.

Tiga komponen utama untuk kesejahteraan iaitu mengekalkan sistem peredaran yang tinggi dalam tubuh, mengurangkan tekanan oksidatif dan memastikan keradangan tahap rendah pada paras berkenaan.

Akhir kata, dalam perjuangan menentang kanser yang ditakrif sebagai pembunuh abad ke-21, pastikan kita mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang sihat.

iNFO :- Malaysiakini.Com
GULA PERANG

GULA MERAH


Pemakanan dan Ubat adalah benda yang sama...
Makanan itu adalah ubat yang terbaik..
Amalkan pemakanan SIHAT untuk tubuh yang SIHAT...
InsyaAllah

BUAH&SAYURAN
BANYAK KHASIAT
SEMULAJADI

FUNGSI KUMPULAN MAKANAN UTAMA



GULA!GULA!GULA!!!!

Cara yang mudah untuk potong gula dalam pemakanan harian hanya amalkan
Minuman Gymnema #gctea #ibusegala teh herba yang di iktiraf oleh Persatuan NADI


"Saya Adalah Ahli Berdaftar Dengan NADI - National Diabetic Institute, Dan Saya Diabetic 
Educator Sari Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya Tidak Akan Lepaskan Peluang Untuk Kongsikan Kebaikan GCTea Kepada 13,000 Pesakit Diabetic Yang Ada Pada Saya "
 - En Irwanshah MA. Kota Kinabalu.
..
"Tidak Pernah Ada Mana-Mana Produk DIABETES Yang Telah Mendapatkan Sokongan Tentang Penyakit Diabetes. GCTea Adalah Yang PERTAMA"..


KATA-KATA↪ Pakar Tentang Gctea


DAN MENGAPAGctea Best Seller

Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu
anda lebih sihat dan bahagia
disamping keluarga tercinta




Comments

  1. Thanks for sharing sis! ^^ selamat tahun baru! :)

    ReplyDelete
  2. Kena amalkan pemakanan yg sihat utk cegah segala penyakit. Selebihnya kita doa pada yg Esa.

    ReplyDelete
  3. i avoided taking too much sugar

    ReplyDelete
  4. Kurangkan pengambilan gula untuk lebih sihat.

    ReplyDelete
  5. sy slh seorg yg banyakkkk ambil gula tp x reti2 nk insaf... aduyaiiii

    ReplyDelete
  6. Gula mmg selalu jadi ibu kebanyakan penyakit. huhu. Tapi GV tertarik dengan kata Dr Norman, makanan adalah ubat yang terbaik. Info terbaik kak Haslinyda. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak share berdasarkan fakta2 bukan auta
      hihiihi
      terima kasih berkunjung

      Delete
  7. gula ni punca kepada byk penyakit

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya sudi membantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Sembang Santai
Terima Kasih Berkunjung
#gctea
#colostrumnanocentaplus
#suhoorcerealgranola
#clenztox
#peetayaskincare
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

http://KesihatanKejelitaan.wasap.my

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI