10 tips untuk berjaya berbisnes



Assalamualaikum 


10 NASIHAT UNTUK BERJAYA DALAM BISNES

1. Buat. Buat. Buat. Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.

2. Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.

3. Usah berhenti belajar. Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.

4. Fokus kepada bisnes kita. Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.

5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita. Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.

6. Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.

7. Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.

8. Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.

9. Berhenti salahkan orang lain. Orang berjaya berikan hasil,orang gagal berikan alasan.

10. Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan.


#copypaste

Comments

  1. menarik..

    untuk jadi usahawan, jiwa dan semangat jadi kental giler..

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips Lynn..
    Cita2 tu ada...in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom , niaga nie kena semangat yg kuat
      dan ada mentor tu penting

      Delete
  3. setuju kak. kesemua 10 tips di atas adalah kata-kata semangat yang sangat bagus untuk kita memajukan diri bukan saja utk biznes, malah untuk masa depan diri sendiri juga kak. terbaik. :D

    ReplyDelete
  4. kunci utamanya adalah fokus. sama mcm belajar. kalau tak fokus dlm kelas atau tak fokus pd pengajaran cikgu smpi bla2 susah nak dpt ilmu

    ReplyDelete
  5. Perkongsian sgt menarik . Bagus tips ni.

    ReplyDelete
  6. tips yang saya selalu dengar, kena rajin, jujur dan elakkan malu tak bertempat. all the best dalam berbisnes kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya sudi membantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Sembang Santai
Terima Kasih Berkunjung
#gctea
#colostrumnanocentaplus
#suhoorcerealgranola
#clenztox
#peetayaskincare
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

http://KesihatanKejelitaan.wasap.my

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog

Bawang Putih dan Bawang merah tidak boleh dicampurkan? Kenapa....!!!