Gctea Rashwealth Group


Rashwealth group adalah Syarikat yang menjalankan perniagaan secara MLM marketing yang secara sah berdaftar No AJL 932077
mengikut undang-undang perniagaan dan negara
SHARING MENGENAI JENIS SYARIKAT MLM


1>> MLM ditakrifkan oleh JAKIM sebagai:
Konsep perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat (
MLM). Peserta MLM termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan ini serta orang awam sama ada selaras dengan prinsip-prinsip syariah atau pun tidak.

2>> MLM berteraskan kepada ejen di atas ejen atas ejen mengikut bilangan tingkat plan yang diperkenalkan untuk tujuan sebenar adalah menjual barangan.
MLM

1. BUKAN JUAL HARAPAN TAPI JUAL BARANGAN!
-Sedangkan
MLM akan bercerita tentang barangan yang mereka jual dan harapan bonus dan kelebihan lainnya berdasarkan jualan dan kepimpinan terhadap organisasi marketing mereka sendiri.


2. BUKAN CARI ORANG TAPI KONGSI PELUANG!
Kebiasaan ahlinya adalah orang yang telah menggunakan barangan atau perkhidmatan yang dijual. Akibat 'jatuh cinta' terhadap produk, mereka akan menjadi ahli secara sukarela sama ada diajak oleh 'upline' atau keinginan sendiri.
Sama ada tujuan keahliannya adalah sebagai peluang menggunakan produk itu sendiri dengan harga ahli yang pastinya lebih murah atau sebagi peluang mempelajari seni memasarkan dan menjual produk di samping membina kekayaan suatu hari nanti.
Bukan cari orang demi tujuan dan pulangan peribadi, tapi beri peluang demi tujuan dan pulangan kepada orang lain. Itulah tujuan sebenar konsep bisnes secara
MLM!


3. BUKAN LETIHKAN ORANG TAPI LATIH ORANG!
MLM adalah bertujuan melatih ahli yang berminat untuk mempelajari selok-belok bisnes mendalaminya dalam satu kumpulan khusus dengan satu matlamat atau impian.
Mereka bukan berharap tapi berusaha untuk mencapai impian masing-masing melalui latihan yang diajar dan dikongsi sesama mereka tanpa berlaku sebarang penindasan atau penganiayaan.
Sedangkan
MLM mengamalkan 'Product-Hunter', semakin banyak jualan semakin kaya. Kerana mereka dibayar mengikut jualan bukan mengikut kepala.

4. BUKAN PERDAYA DIRI TAPI BERJAYAKAN DIRI!
MLM menggunakan sistem pangkat sebagai bukan sebagai satu penghargaan atas kejayaan masing-masing dalam organisasi mereka.

5. BUKAN PERUBAHAN FIZIKAL TAPI PERUBAHAN PERIBADI!
MLM, tujuannya adalah untuk mengubah orang biasa yang tidak pernah terlibat dalam bisnes khususnya atau yang sedia ada bisnes untuk mempelajari teknik marketing yang sebetulnya dan seterusnya mengubah diri peserta menjadi orang yang luar biasa.
Maka, jika anda melihat perubahan peribadi seseorang baik dari segi pergaulannya, hidupnya, cara makan pakainya dan lain-lain berubah ke arah lebih baik dari sebelum ia menyertai MLM, maka tahulah bahawa itu adalah MLM yang benar, tanpa dicemari Skim Piramid.



6. BUKAN RUNTUHKAN IMPIAN TAPI BINA BERSAMA IMPIAN!
MLM pula biasanya mempunyai organisasi bisnes yang kuat kerana semua leadernya bermula dari zero to hero.
Mereka telah merasai perit maung dalam pemasaran dan penjualan produk sehingga akhirnya mereka mampu membantu anak buah masing-masing mengelakkan kesukaran yang sama atau sekurang-kurangnya, melalui kesukaran yang sama dengan lebih tenang.
Inilah yang dinamakan bersama membina impian dengan hasil titik peluh sendiri beserta bantuan mentor atau upline yang juga dalam perjalanan ke arah sebuah kejayaan.



7. BUKAN BANYAK TAPI LAYAK!
Sistem
MLM - semakin banyak usaha dan jualan, semakin layak untuk kaya.

8. BUKAN JUTAWAN KAYAP TAPI JUTAWAN SENYAP
MLM jarang menyenaraikan jutawan-jutawan mereka kecuali menyenaraikan orang-orang yang berjaya sahaja tanpa dikelabui dengan pelbagai aksesori tambahan yang tidak berkaitan.
Kebanyakan mereka diangkat kerana sales yang banyak, kesan kepimpinan yang tinggi atau anugerah-anugerah lainnya sebagai inspirasi kepada ahli-ahli yang lain.
Di samping itu, tugas mereka juga adalah melahirkan jutawan-jutawan senyap di negara kita, Malaysia!
--------------------------------
MLM memberi pulangan yang sepatutnya terhadap usaha anda dan betapa ianya memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara!


          ~Hasliyndaumairahenterprise~

Comments