Serpihan MH370 sudah dijumpai masih terlalu awal


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan maklumat terbaharu mengenai penemuan serpihan pesawat yang belum lagi dikenalpasti di Pulau Reunion berdekatan kepulauan Madagascar.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, MAS memaklumkan masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan tersebut dengan pesawat MH370.

"Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini," kata MAS dalam kenyataan media di sini hari ini.

Laporan menyebut, serpihan yang dikatakan cebisan sayap yang juga dikenali sebagai flaperon itu, berkemungkinan bangkai MH370 MAS yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang.

Serpihan berukuran dua meter panjang itu ditemui sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai di pulau tersebut.

___________________________________________________________

Hari ini berita MH370 Trending di twitter.
Mudah-mudahan terjawab semuanya...



Comments

  1. Moga misteri terungkai dan segala penantian berakhir.

    ReplyDelete
  2. Moga misteri terungkai dan segala penantian berakhir.

    ReplyDelete
  3. Kita semua masih menanti jawapan terhadap misterinya...

    ReplyDelete
  4. Apa khabarnya sekarang ni.....hari tu kata milik MH370... senyap sunyi dah

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI