Posts

Showing posts from July, 2015

Serpihan MH370 sudah dijumpai masih terlalu awal

Image
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan maklumat terbaharu mengenai penemuan serpihan pesawat yang belum lagi dikenalpasti di Pulau Reunion berdekatan kepulauan Madagascar.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, MAS memaklumkan masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan tersebut dengan pesawat MH370.

"Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini," kata MAS dalam kenyataan media di sini hari ini.

Laporan menyebut, serpihan yang dikatakan cebisan sayap yang juga dikenali sebagai flaperon itu, berkemungkinan bangkai MH370 MAS yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang.

Serpihan berukuran dua meter panjang itu ditemui sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai di pulau tersebut.
___________________________________________________________
Hari ini berita MH370 Trending di twitter. Mudah-mudahan terjawab…