CANDAT SOTONG 6/6/2015

(BARANG-BARANG KEPERLUAN CANDAT)
(SIAP TEMPAH BAJU SI SOTONG LAGI)

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum

Tanggal 6/6/2015 sabtu, jatuh pada cuti umum Yang di-Pertuan Agong,
Berangkat lah kami ke kemaman untuk mencandat sotong.


2 hari 1 malam perjalanan kami ke kemaman,bermalam di dalam bot.

Perasaan ingin tahu bagaimana menjadi seorang nelayan,
saya berazam dan  kuat kan semangat bermalam dalam bot dan berada di laut.
Nasib kami baik hari tu,cuaca dimalam hari tidak hujan.

Dari petang hingga ke malam kami tidak tidur.
Ter excited melayan si sotong.

Seronok sangat bila bawa naik sotong ke bot.
Kena berjaga-jaga sikit semburan si sotong tu,tak pasal-pasal
Hitam aje muka tu…kena dakwat nya…

Lebih kurang jam 2.30pagi , kami pun dah termabuk-mabuk sikit,

TAPI TIBA -TIBA...

Di kejutkan sekumpulan ikan lumba-lumba bermain di tepi bot kami,
terus tak jadi mabuk,
tak sempat ambil gambar lah , waktu sangat-sangat gelap masa tu.

( petikan perbualan yg tak dapat dilupakan)

"Saya" :- ikan dolphin ni tak tahu tidur ke dah malam-malam ni,boleh pulak berkejaran kat sini...

"Kawan saya":- Engkau ni lin,kang aku sumbat pulak dalam laut ni,dah tempat dia..
                         
"Saya" :- Hahaha "...(sebenarnya saja je buat lawak,masing-masing dah penat)....
            

Akhirnya di sebelah pagi lebih kurang , jam 7 pagi kami dah sampai di jeti.
Kami bahagi-bahagikan si sotong tu sama rata,dapat lah sorang 5 kilo.
Alhamdullilah rezeki kami tu…

Insyaallah,
tahun depan kita ketemu lagi wahai si sotong….(hihi)

Berminat nak candat sotong boleh hubungi no telefon yang di sediakan di bawah:-

  1. En Mansor (010-5360700)
  2. En Sami ( 013-9506516)
  3. En Yusof (010-9001764 )
  4. En Zuan ( 017 – 9697496 )


SELAMAT MENCUBA……


(MUKA HAPPY JE, NAK JADI NELAYAN LAH, KATAKAN)

(TERUJA DAPAT SOTONG,FIRST TIME LAH KATAKAN..HIHI)
(BILA DAH MALAM, MABUK-MABUK LAUT SIKIT)
(HASIL TANGKAPAN SI SOTONG)

JOM CANDAT,BEST SANGAT-SANGAT...
MUSIM PALING BEST BULAN 4,5&6...
SOTONG TENGAH BANYAK.....

Comments

  1. Macam best aje. Sotong pun extra fresh ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best sgt fidah..sotong nya manis sgt2 sedap

      Delete
  2. tak pernah rasa mencandat sotong lagi.. tengok macam best je pulak

    ReplyDelete
  3. pernah pegi candat...bulan 6 tapi bukan tahu ni...FRSUT..bayar bot mahal tapi sekor sotong pun x dapat..

    kalau dapat 5 kg sorang tu mmg berbali argh..berapa pakej 2 hari 1 malam tu Linda byr...termasuk boat sekali

    ReplyDelete
  4. bestnya.. CT ajak kawan2 pegi ritu.. tapi masing2 hangat2 taik ayam je.. beriya soh tanya itu ini tp snyap..

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog