Jom kita buat ais krim goreng!



 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum

 Selalunya ais krim goreng boleh dibeli di pasar raya, tetapi lebih menarik jika kita boleh membuatnya sendiri dirumah kerana boleh membuat dengan jumlah yang banyak. 


Bagi mereka yang mengemari ais krim, anda boleh mencuba resepi mudah ini yang pastinya sesuai untuk santapan seisi keluarga dan anak-anak sempena cuti sekolah panjang ini. 

Jom ikuti resepi ais krim goreng yang dipetik daripada majalah Mingguan Wanita.

Bahan-bahan: 
Beberapa keping putih roti. 
Ais krim berperisa mengikut citarasa anda. 
Cawan yang sederhana besar. 

Cara membuat:
1. Letakkan satu sudu ais krim ke atas lapisan roti pertama. Jangan letak aiskrim terlalu banyak bimbang sukar ditutup rapat.
2. Letakkan lapirann roti kedua iaitu roti bahagian atas.
3. Ambil cawan,kemudian terbalikkan dan terapkan pada roti kuat-kuat sehingga menjadi bentuk bulat.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk beku semalaman.
5. Panaskan minyak dan goreng tidak lebih 10 saat. Pastikan minyak panas sebelum menggoreng.
 Dan  Terima kasih Redkebaya


Comments

  1. Best2.. buat dah hari tu, anak2 nak makan..

    ReplyDelete
  2. sedap kadang2 makan eskrem goreng ni...

    ReplyDelete
  3. Dah buat ritu tapi x berapa menjadi.
    Tak pandai sangat:(

    ReplyDelete
  4. Sedapnye nampak ice goreng tu.. mcm2 perisa ada...

    ReplyDelete
  5. sedap kan... lama dah tak buat ais krim goreng roti gardenia ni ;)

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan ais krim goreng ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Menarik ni...bole buat sendiri..
    selalu beli yg frozen kat kedai...

    ReplyDelete
  8. Dah banyak kali nak buat tapi belum berjaya lagi ..he..he

    ReplyDelete
  9. Dulu saya gila-gila suka ice cream goreng. Skrg dah kurang sikir la.
    Tapi kalau orang hulur, saya ngap juga.

    ReplyDelete
  10. ishh..bila nk try...malas nk masuk dapur huhuh

    ReplyDelete
  11. boleh la cuba selepas ni..
    x sangka mudah je caranya,,
    tq kak :)

    ReplyDelete
  12. terima kasih pada semua yg berkunjung...

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog

Bawang Putih dan Bawang merah tidak boleh dicampurkan? Kenapa....!!!