Kuch Kuch Hota Hai


 Aktres terkenal Bollywood Kajol Devgan memberitahu dirinya sangat gembira dan teruja sekali berada di negara ini walaupun baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi Malaysia.


Kajol yang ditemui ketika majlis pelancaran saluran Astro Box Office Bolly One HD di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur berkata sambutan peminat di sini terhadap kehadirannya sangat mengkagumkan.
"Apabila saya tiba sahaja di sini, sambutan hangat yang diberikan tidak putus-putus, ada sahaja individu yang senyum dan melambai-lambaikan tangan mereka setiap kali berjumpa saya.
"Masyarakat di sini sangat meraikan kedatangan saya, semua yang berada di sekeliling saya sangat memahami keadaan saya dan mereka tidak memaksa atau pun bersikap agresif terhadap diri saya, semuanya berjalan lancar dan tenang," ujar Kajol ketika ditemuramah oleh aktres jelita Lisa Surihani.
Dalam pada itu, Kajol yang tidak ditemani Ajay Devgan, sempat memberikan ulasan mengenai filem terbaru lakonan suaminya yang berjudul "Singham Returns".
"Saya amat gembira dengan lakonan beliau sebagai DCP Bajirao Singham di dalam filem arahan Rohit Shetty ini.
"Ternyata jalan cerita dan lakonan yang diberikan oleh Ajay serta pelakon lain amat hebat sekali dan saya sukakan filem tersebut," jelas pemegang watak Anjali dalam filem hits "Kuch Kuch Hota Hai" ini.
Dalam perkembangan lain, Kajol bakal membuat kemunculan kembali dalam filem terbaru yang bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun hadapan.

Cute jer, masa kecik2 dulu kan...
dah remaja pun comey jer ...
Masa berlakon dulu tak habis-habis kira bintang...
dah besar pun hancem lagi.


_____________________________________________________

Sekejap jer dah 16 tahun cerita ni,tengok banyak kali pun mesti nak nangis....?!
Tengok kat wayang 2x,kat rumah berkali-kali,tak boring layan jer..
Sekarang anak saya pun suka tengok Kuch Kuch Hota Hai,Seronok tengok
budak-budak dalam cerita tu,happy jer..



Comments

  1. citer hindustan tengok banyak kali tak bosan...hihi

    ReplyDelete
  2. mama suka cite ni, sedih.. ehh.. dorang dah besar lah.. anjali kalau tak silap yang gegirl tu... cantiklah diaaa..

    ReplyDelete
  3. favorite saya jugak! asal tengok ja meleleh ayaq mata. lagu-lagu pun best! =)

    ReplyDelete
  4. Cerita nie memang best.. Dah lama still nak tengok berkali2

    ReplyDelete
  5. Cerita ni bestkan..& kajol pun comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sekrg pun, kajol masih comeykan..

      Delete
  6. Wahh... pasti ramai yg teruja nie.. :)

    ReplyDelete
  7. ni cerita favourite ni..tak sangka dah 16 tahun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K
www.wasap.my/60126694148/womenpower

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI