Faedah dan kesuburan dengan Folic Acid

Folic Acid


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum


Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.




Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 
12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari 
minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

sekiranya anda ingin merancang untuk mendapatkan anak,

anda dinasihatkan mengambil folic acid setiap hari.
ia juga dapat menyuburkan rahim anda.
Sebelum itu dapatkan nasihat Doktor dan rawatan sebelum pemgambilannya.


Dan Disini juga

Klik Sini faedah asid folik kesuburan dan kehamilan


Comments

  1. Selalunya kalau perempuan pregnant yang kurang darah, klinik akan bagi pil asid folic kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. folic acid sesuai utk org yg ingin merancang ,
      tambah baby,baik utk hormone kesuburan dan baik juga
      untuk tulang baby ketika mengandung...
      sebab itu kita org perempuan dinasihatkan mkn folic asid

      Delete
  2. Baru jelas... selama ni tau nama je, tp kurang jelas. Thanks sharing Haslinda.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI