APA ITU JILBOOBS MEH BACA SINI!!

16 Ogos – Gaya fesyen 'Jilboobs' telah mencipta fenomena di Indonesia, tetapi ia telah kritikan banyak pihak termasuklah Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita untuk mengenakan pakaian muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat

Namun apakah 'Jilboobs'? Ia sebenarnya adalah gandingan nama Jilbab (tudung) dan Boobs (payudara). 


Menurut Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin seperti dipetik daripada laporan The Globe Journal, fatwa ini dikeluarkan memandangkan cara menutup aurat oleh golongan ini tidak bersesuaian dan tidak menepati syariat Islam tentang cara berpakaian.

"Sudah ada fatwa
MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu.

"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual, itu dilarang sama sekali," ujarnya.

Pada Januari 2014, sebuah komuniti wanita Muslimah dikenali sebagai Jilboobs Community dalam Facebook telah memuatnaik foto mereka mengenakan
gaya fesyen tersebut sehinggakan ia mencetus reaksi kurang senang dan menerima kritikan ramai.
 _________________________________________________________

Semoga di Malaysia pun akan diperketatkan cara berhijab dengan mengikut hukum yang sah.

Comments

  1. inshaAllah. tak salah nak berfesyen tp ada hadnya. :D Islam xlarang kita menghias diri .

    ReplyDelete
  2. jilboobs ni dah jadi trending kat Indonesia...hmmm ....semoga kita masih beringat walaupun kita berfesyen...

    ReplyDelete
  3. first time dengar istilah ni..jom kita sama-sama usaha istiqamah dalam menutup aurat kan sis.. :)

    ReplyDelete
  4. sebenarnya kat malaysia nie pun dah ada cuma belum cukup trend smpai nk diberi nama..tambahan rakyat malaysia nie jenis cepat kritik kalau ada fesyen2 negetif menembusi malaysia...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. hurm... ramai yang pakai ketat tapi bertudung.... sangat tidak selesa bila tengok....

    ReplyDelete
  6. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ done follow sini tqvm ya

    ReplyDelete
  7. hari tu pun ada trnampak kat Facebook pasal jilboobs ni..masih ramai lagi mengenakan tudung untuk berfesyen. haish

    ReplyDelete
  8. Mungkin sesetengah orang anggap, tutup aurat tu dah sempurna hanya dengan memakai tudung semata-mata. Padahal, konsep aurat tu lebih dari sekadar pemakaian tudung.

    ReplyDelete
  9. Astagfirullah... jngn bermain dgn hukum Allah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI