Khutbah Jumaat dalam bahasa Melayu melalui telefon bimbit di Masjidil Haram.

Mohd Aswadi Ali
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


ASSALAMMUALAIKUM


KUALA LUMPUR 3 Julai - Umat Islam terutama rakyat Malaysia yang menunaikan umrah dan haji kini boleh mengikuti khutbah Jumaat dalam bahasa Melayu melalui telefon bimbit di Masjidil Haram.
Perkembangan itu adalah hasil inisiatif kerajaan Arab Saudi yang mengadakan projek terjemahan mulai 21 Mac lalu untuk bahasa Melayu dan Perancis selain terjemahan dalam bahasa Urdu dan Inggeris pada 7 Mac.
Bagi menjayakan program tersebut, dua anak Malaysia iaitu Mohd. Aswadi Ali, 28, dan Mohamad Nurul Hafiz Ab. Latif, 30, yang kedua-duanya penuntut Universiti Umm al-Qura, Mekah dipilih berkhidmat sebagai penterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.




Aswadi yang berasal dari Marang, Terengganu berkata, para jemaah dapat mengikuti terjemahan tersebut melalui penggunaan telefon yang mempunyai aplikasi radio menggunakan frekuensi FM90.5.
Katanya, setakat ini siaran radio hanya terhad di kawasan pintu King Fahd bermula dari pintu 75 hingga 93 kerana projek pembesaran Masjidil Haram masih berjalan dan kawasan dalam masjid masih terhad.
"Para jemaah sebaik-baiknya mempunyai earphone sendiri namun pihak Masjidil Haram turut mengedarkan 1,000 earphone secara percuma setiap minggu di kawasan tersebut.

"Sasaran kerajaan Arab Saudi adalah seramai mungkin para jemaah dapat mengambil manfaat daripada projek terjemahan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Aswadi yang sedang menyambung pengajian peringkat diploma tinggi dalam bidang Syariah dan Pengajian Islam berkata, beliau dipilih sebagai penterjemah oleh penyelia projek tersebut iaitu Prof. Sheikh Dr. Hassan al-Bukhari.

Menurut beliau, pada awalnya setiap bahasa mempunyai seorang penterjemah sehinggalah tiba waktu cuti semester, mereka diminta mencari pengganti dan Hafiz telah dipilih.
"Saya amat bersyukur dan amat teruja kerana diberi peluang berkhidmat di Masjidil Haram. Saya selalu berdoa supaya Allah memberi peluang berkhidmat di masjid ini dan alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya," katanya.

Sementara itu, Hafiz yang berasal dari Dungun, Terengganu berkata, setakat ini sambutan dari jemaah masih belum mencapai sasaran kerana hebahan yang terhad.
Katanya, para jemaah rantau ASEAN masih belum mendapat hebahan secara konsisten kerana para jemaah umrah datang dan pulang bersilih ganti.

"Bagaimanapun, hebahan tetap dilakukan melalui aplikasi laman sosial seperti Facebook dan whatsapp untuk warga Malaysia yang bekerja di Arab Saudi," katanya yang sedang menyambung penga­jian di peringkat sarjana dalam bidang Thaqafah Islamiyah.
Menurut Hafiz, beliau kini mengambil alih tugas menterjemah berikutan Asmawi pulang bercuti ke Malaysia sehinggalah selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Saya amat bersyukur kerana Allah telah bukakan mimbar Masjidil Haram untuk kita menyampaikan khutbah dalam bahasa Melayu.


"Saya amat berbesar hati diberikan amanah ini tetapi bimbang tidak ditunaikan sebaik mungkin. namun jika ditunaikan sebaiknya ia ibarat empat jenis keuntungan yang nabi sabdakan, dari Abdullah bin ‘Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada empat hal, yang mana jika dia ada pada dirimu maka kamu tidak akan susah dan tidak akan ditinggalkan dunia: menjaga amanat, bicara jujur, berakhlaq mulia, dan kesucian (iffah) diri," tambahnya. Selanjutnya Disini...



Fakta :-


Ada 4 Perkara yang patut kita amalkan ialah:- 
menjaga amanat,
bicara jujur, 
berakhlaq mulia, 
dan kesucian (iffah) diri .

(InsyaAllah)

Salam Jumaat .





Comments

  1. Subhanallah.. usaha yg mulia.. memudahkan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Usaha yang murni...

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah..
    satu usaha yg bgus..
    snang lebih ramai bleh paham..
    apa yg disampaikan

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah senang utk kita jugakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog