Doakan kesihatan Kak Pah sihat selalu



KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Biduanita itu yang akan genap 61 tahun esok dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Menurut pakar yang merawatnya, Datuk Dr Zainudin Md Zain, fibrosis paru paru mengakibatkan paru paru mengeras dan berparut.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.


Menurut Dr Zainuddin keadaan beliau stabil dan hanya menerima lawatan ahli keluarga terdekat.

Kak Pah anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953. Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Namun seperkara yang jelas, Kak Pah memang pandai mengaji dan berqasidah dengan suaranya yang merdu.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam 

The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

"Marilah kita berdoa agar kesihatan beliau dirahmati dan kembali sihat selalu
 dibulan ramadhan yg mulia ini"...


Comments

  1. semoga dipermudahkan dan get well soon...

    ReplyDelete
  2. salam 4 ramadhan..muga dipermudahkan urusannya..

    ReplyDelete
  3. Semoga kakpah tabah dengan dugaan...kifarah dosa kita tidak jangka... kifarah kita tak tahu macam mana lagi kan... get well soon... insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh & sihat... aamiin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K
www.wasap.my/60126694148/womenpower

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI