Denggi Membawa MAUT !!

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

ASSALAMMUALAIKUM

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA
BAGI MINGGU 25 (TAHUN 2014)….15 – 21 JUN 2014.


Sepanjang minggu lalu sebanyak 4 kematian akibat denggi telah dilaporkan.
Kesemua kes telah diberikan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia akibat komplikasi DEMAM DENGGI.
Sehingga 21 Jun 2014 sebanyak 82 kematian telah dilaporkan di seluruh Negara berbanding hanya 25 kematian bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya,peningkatan sebanyak 228% (57 kematian).

Memandangkan tren peningkatan kes denggi sejak beberapa minggu kebelakangan ini,ditambah dengan factor cuaca yang tidak menentu,kaedah yang paling mudah dan berkesan adalah mempertingkatkan usaha pencegahan denggi dengan mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.

Disamping itu pihak masyarakat juga dinasihatkan untuk menjalankan aktiviti
Gotong-royong terutama di kawasan kediaman masing-masing.
KKM meningatkan,semburan kabus semata-mata tidak dapat menghapuskan nyamuk AEDES secara keseluruhan selagi punca pembiakan AEDES seperti tin-tin kosong,tayar terbuang,bekas makanan dan lain-lain takungan masih dibiarkan merata-rata.

Dapatkan rawatan awal jika terdapat gejala dan tanda-tanda demam denggi.

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot .
Sekiranya anda demam lebih dari 3 hari sila dapatkan ujian saringan darah.

 BUAT (BLOOD TEST) DAN BANYAKKAN MINUM AIR.

“DAPATKAN RAWATAN SEAWAL YANG MUNGKIN KE KLINIK-KLINIK
YANG BERHAMPIRAN ANDA.”

Sayangi nyawa anda dan orang yang kita sayang.

Ingat Denggi membawa maut.





Comments

  1. Mmg kena berjaga2 ni.. dah bnyk kes terjadi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog