Baru 5 tahun mampu menghafaz 29 Juzuk AL-Quran

JURI Abi Amir (kanan) mengucup tangan hafiz cilik, Musa.
Jakarta: Seorang juri program menghafaz al-Quran di Indonesia, Hafiz Indonesia, begitu sebak dan kagum dengan bakat seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang mampu menghafaz 29 juzuk al-Quran.
Juri itu Abi Amir Faisol Fath dilihat pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya. 

Musa yang berasal dari Bangka membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan juri serta penonton. 

Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI malah turut dimuat naik ke YouTube manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu.
Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya biarpun umurnya masih muda apabila jiwanya diindahkan dengan al-Quran.

“Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan...
Subhanallah. 

Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekali pun anak kecil masih sangat lemah kemampuannya, namun kita tunduk dengan kemuliaannya kerana al-Quran maka kerana Allah memuliakannya,” katanya. 

Menurutnya, wang kertas tetap bernilai biarpun dipijak kerana manusia telah menetapkan nilai untuk wang kertas. 

“Bagi Musa, Allah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda,” katanya. - Agensi
MyMetro

Jom Baca Al-Quran


Comments

  1. Budaknya jugak comel... MasyaALLAH :)

    ReplyDelete
  2. subhanaALLAH kagum betul dengan kanak-kanak ini

    ReplyDelete
  3. Allahu. Kalau nak dibandingkan dengan Sya ni, sangatlah tinggi perbezaannya. Allah :(

    ReplyDelete
  4. Subhannallah..anak impian semua ibu bapa

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog