AL-Fatihah


Wanita Melayu pertama yang memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr Salma Ismail (gambar), meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 6.15 petang semalam.
Allahyarhamah, yang berusia 95 tahun, meninggalkan dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan enam cucu.
Anak sulungnya, Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, 64, berkata ibunya dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat sesak nafas.
Dr Ridzwan berkata, jenazah akan disempurnakan di No 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman di Kuala Lumpur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sebelum Zohor, hari ini.
Allahyarhamah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan sebagai doktor pada 1949.
Anak kelahiran Alor Setar itu pernah bertugas sebagai pegawai perubatan di Kedah dan Selangor pada 1950-an dan 1960-an.
Dr Salma dianugerah darjah Panglima Setia Mahkota pada 1997 yang membawa gelaran Tan Sri.
"Sebagai seorang wanita dan doktor, beliau hidup dengan prinsip, mempunyai keyakinan pada diri sendiri, jujur, jangan bercakap buruk tentang orang lain dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Dr Ridzwan mengenai ibunya. – Bernama, 21 Julai, 2014.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un

Comments

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog

Bawang Putih dan Bawang merah tidak boleh dicampurkan? Kenapa....!!!