Akhirnya Perdana Menteri Ukraine Letak Jawatan

Akhirnya PM Ukraine letak jawatan

Ketika kekecohan tragedi pesawat MH17 di negara berkenaan, Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk  meletak jawatan pada hari Khamis semalam dalam protes menyebabkan ketidaktentuan politik di negara yang dilanda persengketaan itu.




"Saya mengumumkan peletakan jawatan saya berkaitan dengan pembubaran gabungan parlimen dan usaha menyekat inisiatif kerajaan," kata Yatsenyuk dengan marah kepada parlimen, lapor AFP.
Yatsenyuk berkata "kerajaan dan perdana menteri perlu meletakkan jawatan" selepas penarikan balik beberapa yang mencetuskan perpecahan majoriti dalam Parlimen Pilihan Eropah bagi usaha memberi laluan kepada pilihan raya awal yang selama ini ditunggu-tunggu.
Pilihan raya awal Parlimen di Ukraine dijangka sejak penyingkiran Viktor Yanukovych yang disokong Rusia Februari lalu berikutan beberapa bulan protes yang membawa maut.
Pembubaran rasmi gabungan majoriti pimpinan Verkhovna Rada di Ukraine memberikan Presiden Petro Poroshenko hak untuk mengumumkan pilihan raya Parlimen semula.
Poroshenko berjanji pilihan raya tidak akan melumpuhkan kerja Parlimen ketika Kiev bergelut untuk menamatkan pemberontakan berdarah puak pemisah yang menyebabkan wilayah timur negara ini kucar-kacir.
Seminggu lalu, pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine yang dikuasai pihak pemisah yang disokong oleh Kremlin itu.
Semua 298 penumpang dan anak kapal malang yang bertolak dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur itu terbunuh.
Pihak pro Rusia dan Amerika Syarikat saling tuduh menuduh antara satu sama lain tentang pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat membawa majoriti penumpang rakyuat Belanda itu.
Sehingga kini, sebahagian besar mayat dibawa ke Belanda untuk dikenal pasti manakala kotak hitam pesawat diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia yang kemudiannya dihantar ke makmal di United Kingdom untuk dianalisa. 

Comments

  1. Harap2 ia dpt meredakan ketegangan krisis yg berlaku di seluruh Ukraine...

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Jom Berbual/Sembang Santai mengenai
#gctea #nanocentapluscolostrum #suhoorcerealgranola #clenztox
#peetayaskincare #casandra #nanoskinzfoudation
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K
www.wasap.my/60126694148/womenpower

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI