Posts

Showing posts from July, 2014

Sayunya hati, anak yatim ditipu.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum

Johor, Sayunya hati bila tengok berita malam tadi, Seramai 75 kanak-kanak keluarga kurang berkemampuan, Termasuk 20 anak yatim dan lapan pengiring dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama,Gombak di Selangor terpedaya dengan seorang lelaki Yang kononnya mahu menganjur majlis berbuka puasa dan penyampaian Sumbangan Ramadhan di Hotel Berjaya Waterfront .

Kita tidak boleh menghukum orang lain tanpa sebab.

Image
1. بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum
Meskipun menjadi kesalahan bagi seseorang memakai pakaian tertulis ayat al Quran, masyarakat negara ini tidak boleh terlalu cepat menghukum, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Akhirnya Perdana Menteri Ukraine Letak Jawatan

Image
Ketika kekecohan tragedi pesawat MH17 di negara berkenaan, Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk  meletak jawatan pada hari Khamis semalam dalam protes menyebabkan ketidaktentuan politik di negara yang dilanda persengketaan itu.

Kotak Hitam berwarna Jingga.

Image
Tak habis-habis nak "Reformasi"? بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum
KOTAK HITAM
Apa itu Kotak Hitam?

Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin 2014

Image
Assalammualaikum Hari ni Rabu Pi Bisik Kat Khamis Beritahu Jumaat Cari Sabtu suruh Cakap Kat Ahad Yang Isnin ni Dah Raya…..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya sekeluarga, Kalau yang balik kampung tu penat atau mengantuk Ketika memandu singgah sebentar di sini:-

Semoga perjalanan u'olls selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

Tahniah Gabenor Jakarta Joko Widodo

Image
Gabenor Jakarta Joko Widodo adalah Presiden baru Indonesia selepas berjaya memenangi lebih 53 peratus undi berdasarkan keputusan rasmi semalam mengikut kiraan portal Jakarta Globe. Portal itu melaporkan membuat kiraan undi individu berdasarkan keputusan rasmi 33 wilayah oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU) badan yang bertanggjungjawab melaksanakan pilihan raya. Kiraan kebangsaan The Jakarta Globe daripada 33 kiraan wilayah menobatkan Joko dan regunya Jusuf Kalla pemenang. Regu Joko-Kalla mengumpul sebanyak lebih 70 ribu juta undi atau kira-kira 53 peratus berbanding dengan Prabowo yang mendapat 62.25 juta undi atau kira-kira 46 peratus undi. Ini menunjukkan Joko-Kalla mendahului dengan 8.4 juta undi atau 6.3 peratus.

Tahniah Datuk Seri Najib Razak

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan "diplomasi rahsia" dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan bagi mendapatkan kembali mayat mangsa dan kotak hitam dari lokasi pesawat MH17 terhempas, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

AL-Fatihah

Wanita Melayu pertama yang memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr Salma Ismail (gambar), meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 6.15 petang semalam. Allahyarhamah, yang berusia 95 tahun, meninggalkan dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan enam cucu. Anak sulungnya, Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, 64, berkata ibunya dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat sesak nafas. Dr Ridzwan berkata, jenazah akan disempurnakan di No 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman di Kuala Lumpur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sebelum Zohor, hari ini. Allahyarhamah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan sebagai doktor pada 1949. Anak kelahiran Alor Setar itu pernah bertugas sebagai pegawai perubatan di Kedah dan Selangor pada 1950-an dan 1960-an. Dr Salma dianugerah darjah Panglima Setia Mahkota pada 1997 yang membawa gelaran Tan Sri. "Sebagai seorang wanita dan doktor, beliau hidup dengan prinsip, mempunyai …

Wartawan Rusia Letak Jawatan Kecewa Liputan Berat Sebelah

Image
Apakah Selepas ini Misi Pencarian MH370 akan terungkai... Bersama-samalah kita memohon pada Allah Swt supaya tragedi yang menimpa negara kita "Malaysia", Akan terjawab....
Inikah Hikmah yang tersurat dan tersirat yang Allah Swt nak tunjukkan kepada kita semua...
Mudah-mudahan segala urusan berjalan dengan lancar.
#prayforMH370 #prayforMH17 #prayforGaza #tragediMH17 #salamtakziah

Sedekahkan AL-Fatihah jalan yang terbaik.....#prayforMH17

Image
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalammualaikum
-Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. -Maha pemurah lagi Maha Penyayang. -Yang menguasai di Hari Pembalasan -Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada   engkaulah kami meminta pertolongan. -Tunjukilah kami jalan yang lurus -yaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat   kepada mereka;bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan   bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
“ Amin”

Mesut Ozil sikap yang patut dicontohi

Image
Sikap pemurahnya itu turut disertai pemain lain beragama Islam yang beraksi dalam Piala Dunia di Brazil Istanbul: Bintang sensasi Jerman, Mesut Ozil  dilapor akan mendermakan bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta (350,000 pound) kepada kanak-kanak Gaza selepas membantu negara itu menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil. Konflik yang terus berlanjutan di Timur Tengah susulan rundingan genjatan senjata menemui jalan buntu, membuatkan pemain berkenaan bersedia mendermakan bonus sebanyak RM1.5 juta (270,000 pound) yang diterimanya apabila membantu Jerman muncul juara dan RM644,796 (118,000 pound) lagi daripada aksi separuh akhir.

Sumber : - Berita Harian

Kes Langgar Lari di Moscow...

Image

Ya Allah selamatkan saudara kami yang berada di "GAZA"

Image
Assalammualaikum

Ya Allah selamatkan saudara kami yang berada di "GAZA"

Buatmu Teman....

Biar renggang difana dunia
Biar hina dimata manusia
Biar semangat semakin tua
Biar harta semakin tiada
Biar akal semakin berusia
Biar jauh kedudukan kita
Biar jurang pangkat kita
Jangan Biarkan tergadainya silaturrahim antara kita

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

" Ya Allah Selamatkan Saudara-Saudara kami yg menderita di palestin" lindungi mereka,
 AMIN
 Dan kita sebagai semua umat islam marilah berdoa kepada Allah Swt,sedekahkan Al-Fatihah
 memohon agar kurangkan kesakitan yg  mereka alami .
 wasalam

Salam Jumaat.


Luahan Rasa

Assalammualaikum

Luahan rasa ....

Entry kali nie tidak bergambar,coz tak sanggup nak share....

[FULL HD] UTair Aviation 767-300 NEAR MISS? GO AROUND at Barcelona-El Prat

Sana-sani Jerman Vs Brazil

Image

Ubat yg tidak membatalkan puasa

Image
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim ASSALAMMUALAIKUM
Ubat yang tidak membatalkan puasa.
1. Semua bentuk suntikan/injection 2. Ubat Bawah Lidah    (dengan syarat diletakkan dibawah lidah dan tidak ditelan biasanya
digunakan untuk pesakit jantung) 3. Ubat bius setempat dan bius separuh 4. Ubat kumur 5. Plaster 6. Ubat titis mata,hidung dan telinga     (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga) 7. Ubat sembur hidung     (dengan syarat tidak disedut) 8. Ubat jenis sapuan     (krim atau salap)

Facebook Mengharamkan gambar ini...

Image
Seorg Ibudilarang dariFacebookselepasgaint mediasosialmelabelkangambar anak perempuandiadi pantai itu'pornografi kanak-kanak'..dan juga
Jurugambar profesionalJillWhite jugadiharamkan olehFacebookuntukgambar kanak-kanak itu...yang baru berusia 2 tahun .
Gambar ini untuk iklansut renangdan menunjukkan seluarnyaditarik turunoleh  seorang kawannya.
Facebookmenerima satuaduandanmenghalangnya selama 24jam .
Kesimpulannya :-
Kalau nak buat iklan sekali pun jangan lah buat macam tu kan, Tidak elok  untuk budak-budak kecil macam tu.... bagus juga lah Facebook mengharamkan .
Dengan harapan selepas ini ada lagi gambar-gambar yang berunsur lucah Diharamkan semua sekali, untuk mengelakkan kejadian - kejadian yang tidak diingini berlaku.
Terima Kasih "Facebook".




Khutbah Jumaat dalam bahasa Melayu melalui telefon bimbit di Masjidil Haram.

Image
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

ASSALAMMUALAIKUM

KUALA LUMPUR 3 Julai - Umat Islam terutama rakyat Malaysia yang menunaikan umrah dan haji kini boleh mengikuti khutbah Jumaat dalam bahasa Melayu melalui telefon bimbit di Masjidil Haram.
Perkembangan itu adalah hasil inisiatif kerajaan Arab Saudi yang mengadakan projek terjemahan mulai 21 Mac lalu untuk bahasa Melayu dan Perancis selain terjemahan dalam bahasa Urdu dan Inggeris pada 7 Mac.
Bagi menjayakan program tersebut, dua anak Malaysia iaitu Mohd. Aswadi Ali, 28, dan Mohamad Nurul Hafiz Ab. Latif, 30, yang kedua-duanya penuntut Universiti Umm al-Qura, Mekah dipilih berkhidmat sebagai penterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.


Baru 5 tahun mampu menghafaz 29 Juzuk AL-Quran

Image
Jakarta: Seorang juri program menghafaz al-Quran di Indonesia, Hafiz Indonesia, begitu sebak dan kagum dengan bakat seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang mampu menghafaz 29 juzuk al-Quran. Juri itu Abi Amir Faisol Fath dilihat pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya.
Musa yang berasal dari Bangka membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan juri serta penonton.

Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI malah turut dimuat naik ke YouTube manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu. Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya biarpun umurnya masih muda apabila jiwanya diindahkan dengan al-Quran.
“Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan... Subhanallah.

“Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekali pun anak kecil masih s…

Denggi Membawa MAUT !!

Image
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

ASSALAMMUALAIKUM

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA BAGI MINGGU 25 (TAHUN 2014)….15 – 21 JUN 2014.

Doakan kesihatan Kak Pah sihat selalu

Image
KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Biduanita itu yang akan genap 61 tahun esok dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Menurut pakar yang merawatnya, Datuk Dr Zainudin Md Zain, fibrosis paru paru mengakibatkan paru paru mengeras dan berparut.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Beli kain cotton free brooch satu....

Image

Kain Cotton jualan murah!!!!

Image
Assalammualaikum

Sempena bulan ramadhan 2014 saya buat jualan murah,nak habiskan stock yang mana ada,

Nak tahu harga dan apa yang menarik tunggu sebentar lagi ...

Jeng ! Jeng ! Jeng !!!!....

Kain  cotton pelbagai corak 3.6 meter bidang 60"

boleh buat baju kurung , blaus , jubah dan bermacam-macam lagi....

Terima Kasih kerana menunggu....


Hasliynda-Umairah Beauty: Beli kain cotton free brooch satu....

IKEA SALE 2014 28/06/2014-6/7/2014

Image