Kanak-kanak Sindrom Down

Gambar hiasan
google.com.my



Rantau Panjang: Orang ramai pasti mencemuh dan menganggap saya kejam kerana sanggup merantai kaki adik sendiri, namun saya tiada pilihan demi keselamatannya,” kata Rohani Abdul Rahman, 30, mengenai keadaan adik bongsunya, Muhamad Saiful Riduan, 19. Muhamad Saiful yang mengalami masalah sindrom Down terpaksa dirantai oleh keluarga di rumahnya di Kampung Kuin Merah, di sini, sejak empat tahun lalu, bagi mengelak dia keluar rumah dan membahayakan nyawa sendiri.
Menurut Rohani, adiknya sebelum itu pernah beberapa kali keluar dari semak sebaik melihat lori atau treler di jalan raya sebelum merebahkan dirinya di atas jalan.
Katanya, keadaan itu amat merisaukannya sebelum dia mengambil keputusan berbuat demikian ke atas adiknya itu.
Sebab itu saya mengambil tindakan begini, bukan kerana mahu mendera atau benci. Dia tetap dilayan seperti biasa kerana tidak pandai menguruskan diri,” katanya yang mengambil alih tugas arwah ibunya Rohmah Mat yang meninggal dunia hampir 10 tahun lalu.
Tinjauan semalam mendapati remaja terbabit ditempatkan di atas sebuah pangkin di depan rumah dengan kaki kanannya dirantai.
Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan daripada Ketua Puteri UMNO Rantau Panjang Marie Suriani Abdullah.
Marie Suriani berkata pihaknya bersedia untuk membantu keluarga terbabit termasuk membantunya menjalani kehidupan seperti insan lain.
Kita bersedia membantu sekiranya jika perlu dirujuk ke bahagian psikiatrik dan menjalani rawatan,” katanya. (Sumber Harian Metro)


P/S :-
“Renungan bersama”,
Bukan mudah untuk kita sebagai manusia untuk menjaga kanak-kanak “Sindrom Down”,
Banyak-banyakkan bersabar dugaan dari "Allah Swt"...
Mereka pun perlu disayangi dan memerlukan kasih sayang sesama manusia
Hargai mereka selagi masih ada.


Selanjutnya boleh baca di sini…



Comments

  1. kesian dia orang kan..ujian Allah untuk mereka dan keluarga..

    ReplyDelete
  2. kanak2 sindrom down ni memang hyperactive.... mula2 dulu memang nak jadi volunteer untuk kekanak macam ni... tapi atas faktor kesihatan diri sendiri, terpaksa abaikan niat tu.... :) mungkin orang luar kata kejam, tapi yang ada anak/adik sindrom down ni je yang tahu... susah nak jaga kekanak macam ni...

    ReplyDelete
  3. Betul tu... berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul... kesian..

    ReplyDelete
  4. ermm itulah ujian kita masing-masing.. kesian kat mereka kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI