Posts

Showing posts from January, 2014

Ubi kayu rebus sedapnya!!

Image
Assalammualaikum

Tetiba hati ni teringat kisah dulu kala....
Masa arwah moyang dengan arwah nenek dulu masa ada lagi kan,ini lah makanan rutin harian mereka.
katanya:
Ubi kayu rebus menjadi makanan utama,sekarang macam-macam product dikeluarkan hasil dari ubi kayu .
Saya lebih suka makan ubi kayu rebus cicah pulak dgn sambal tumis ataupun sambal belacan.
pperrgh meleleh ayer liur......eermm sedapkan,

Sapa suka makan ubi kayu rebus cuba angkat tangan?

macam nampak jer!

hihi jom jemput makan....

Terima Kasih Sudi Singgah Disini.


First Aid

Image
Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Kepada:-
Pelancong2 yg dihormati,

Anda dinasihati membawa  bekalan ubat-ubatan yg mencukupi ketika melancong ke luar negara....

Ubat yg harus kita bawa,
Seperti ubat demam(fever),cirit-birit(diarrheoa),muntah(vomiting),sakit kepala(headache)/pening(dizziness),selsema(flu)
kerana faktor cuaca dan faktor pemakanan yg menyebabkan tubuh badan kita tidak serasi akan menyebabkan penyakit tersebut.
Untuk memudahkan kita ketika berada di negara luar,ialah ubatkan mahal harganya, kita standby awal-awalkan senang utk kita juga.

Juga pada pesakit yg ada penyakit seperti kencing manis(diabetes) atau darah tinggi(hypertension),
anda dinasihati membawa ubat yg mencukupi supaya kesihatan anda dijamin sihat selalu....


Untuk renungan kita bersama kadang-kadang terlupa...
betul tak?

Kalau ada yg hendak saya sediakan boleh juga,tak ada masalah.

Insyaallah moga-moga segala urusan dipermudahkan.

Amin

Terima Kasih Sudi Singgah Disini.

Lunch Time

Image

Doa diawal usia 40an

Image
Dah nak masuk Usia 40an?
time ni lah kita kena byk kan beramal...
"Ya Allah permudahkan segala urusan dan pjgkan usiaku
utk bersujud pada mu".
Mudah-mudahan dpt petunjuk dan hidayah.
Insyaallah...

Awas pemandu yg tak berhemah!

Image
Batu Pahat: Mulai akhir bulan ini, lesen mereka yang didapati bersalah memandu dengan cuai dan berbahaya akan dibatalkan serta-merta apabila Sistem Profil Pemandu dikuatkuasakan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Aziz Kaprawi, berkata sistem baru itu menggantikan Sistem Merit Kesalahan Jalan raya (KEJARA) yang menggantung dan membatalkan lesen mengikut sistem demerit sejak Oktober lalu. 

Selanjutnya ada di sini  http://www.jpj.gov.my/sistem-kejara

Sekarang ni banyak sgt KES Langgar Lari....!!

Kenapa perlu takut pada undang-undang di dunia?

Sedangkan di akhirat nanti pun kita tak boleh lari daripada kesalahan kecil  mahu pun
kesalahan yg lebih besar.

Semuanya sudah tertulis......

Saya menyeru pada pemandu-pemandu yang berhemah patuhi lah undang-undang ketika 
memandu dan hargai lah nyawa anda dan nyawa org sekeliling anda.

Sayangi lah keluarga kita, nyawa tidak boleh di tukar ganti dengan wang ringgit.

Patuhilah Undang-undang lalu lintas di jalan raya.

Terima kasih....






Asam Laksa

Image
Menu Asam Laksa :-

Mula-mula Ikan direbus dan diasingkan tulangnya sebelum di blender.
Saya gunakan  ikan sardin. Ikut suka anda (ikan kembung / ikan tenggiri pun boleh/ ikan sardin dalam tin pun boleh juga di gunakan.



Dah siap blender tulangnya kemudian di tapis supaya kita makan nanti tidak tercekek tulang ikan.
(keselamatan harus di jaga).


Bahan - bahan utama selain dari ikan :-

Belacan,Daun kalsom,Bunga kantan,Timun
dan Daun Pudina.












Cili Api dan Cili Kisar

Cili Api (utk ulam)

Cili Kisar (utk di masak 5 sudu makan aje)












Petis Udang
Bawang Merah yg di tumbuk (7 ulas Aje)
Asam Keping















Bahan-bahan basah semua dimasak sekali
tidak perlu menumis.
Ikan yg diblender masuk sekali dengan bawang yg ditumbuk dan bahan - bahan lain seperti
daun kalsom,bunga kantan,cili yg di kisar,belacan,petis udang,asam keping dan garam secukup rasa.






 Bahan-bahan ulaman:-

Timun
Cili Api
Telur Rebus
Limau kasturi
Salad
Daun Pudina









Amalan Sebelum Tidur

Image
Assalammualaikum
Di waktu siang kita sibuk bekerja mencari rezeki yang halal selama 8 jam lamanya.
Di waktu malam kita memerlukan paling minimum
6 jam waktu berehat iaitu tidur.
Sebelum tidur kita perlu membaca surah-surah
yang dituntut oleh ajaran islam supaya tidur kita tidak diganggu oleh syaitan dan dibuai mimpi-mimpi yg indah.
Perkara sebelum tidur yg menjadi rutin harian
ialah membaca:-
Bismilah (21x) ,Ayat Kursi,Mengucap 2 kalimah syahhadat dan selawat atas nabi. Moga-moga dipermudahkan .Amin




Jadual Penerbangan Di LCCT 27/03/2014-30/03/2014

Image
As Salam...
Kepada para Pelancong yang dihormati


Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh Flight No AK1452  jam 2.45 petang. (Kumpul di LCCT jam 12tgh jangan lambat)
Ho Chi Minh Ke Kuala lumpur Flight No AK525 Jam 9.10 malam. (sampai LCCT KL jam 11.59 malam)

Berkumpul di hadapan Macdonal's.
Tambahan Bag.(jumlah berat bag diberi hanya 15kg seorang) sesiapa nak tambah kena bagi tahu awal dan tambahan wang dikenakan mengikut jumlah KG
tambah   5kg  jadi jumlah semua 20kg = RM11.00 tambah 10kg  jadi jumlah semua 25kg = RM20.00 tambah 15kg  jadi jumlah semua 30kg = RM57.00 tambah 25kg  jadi jumlah semua 40kg = RM147.00
untuk langkah selamat digalakan semua tambah sekurang-kurangnya 5kg  atau 10kg
Semoga Perjalanan Kita Selamat pergi dan Selamat balik Insyaallah... Moga-moga dipermudahkan.


Free medical check-up SOCSO Dilanjutkan...

Image
Klinik kami menerima Health Screening Voucher
Program Saringan Kesihatan Perkeso dilanjutkan sehingga 30 June 2014,
Kepada Para Pekerja atau Pesara-pesara yang  ada menerima  Free Voucher  yang masih belum ada masa untuk membuat Medical Check-Up anda dinasihatkan sila ke Klinik-Klinik yang berhampiran dan pastikan
klinik tersebut ada dalam senarai panel dengan PERKESO.
Sebelum datang Ke Klinik Anda dinasihatkan berpuasa Selama 12 jam.
Puasa bermula dari jam 9.00 malam hingga ke 9.00 pagi.

Kami menerima kunjungan anda.

Kesihatan amat berharga didalam kehidupan kita,
Jaga lah kesihatan anda sebaik yang mungkin.

Klinik Metro Medics
No 26 Jalan Perbahan Satu
26/2A Hicom Industrial Estate
Section 26
40000 Shah Alam


[MTV] Hazama - Relakan Jiwa

Lirik Lagu Relakan Jiwa : Hazama Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Visit:

http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Relakan Jiwa : Hazama @ Lirikami SHARE ON TUMBLR

Sumber : http://www.liriklagumuz…