FROG VLE....


FROG VLE
Ialah sebuah platform yang dibina untuk pembelajaran yang lebih interaktif
dan menyeronokkan.Anda boleh menggunakannya untuk menyiapkan tugasan dan projek,serta
berkomunikasi dengan guru-guru dan rakan sekelas.Sekolah juga akan mempunyai sebuah laman Dashboard
yang mengandungi berita dan informasi terkini berkenaan sekolah supaya anda sentiasa mendapat
maklumat terkini mengenai aktiviti dan acara yang berlangsung di sekolah.
Sesudah laman dibina untuk kelas dan kumpulan kokurikulum,anda boleh mula bergiat secara aktif
bersama-sama ahli kumpulan yang lain.
Ini pasti akan menjadikan aktiviti luar kelas lebih menarik dan bermanfaat.

FROG bukan hanya sekadar suatu teknologi dan pembelajaran maya.
Kewujudan FROG membolehkan anda belajar dengan lebih mendalam menerusi aplikasi dan teknologi
yang mampu menjadikan anda pelajar yang lebih mantap.
Mulai sekarang,setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai
di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa,di mana jua.

Tambahan lagi,projek 1BestariNet telah menyediakan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan platform
pembelajaran yang sama.Dengan ini,anda berpeluang berhubung dengan pelajar-pelajar lain di Malaysia dan
berkongsi ILMU menerusi satu Portal penglibatan pelajar (The Pond).

Untuk mengakses dunia maya FROG,Setiap pelajar akan diberikan satu ID Pengguna yang unik dan
pelbagai guna,Para pelajar boleh menggunakannya untuk:-

* Mengakses platform FROG VLE
* Mengakses emel peribadi
* Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh GOOGLE yang bertaraf
antarabangsa seperti KHAN ACADEMY dan YOUTUBE EDUCATION


Para pelajar boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.net serta di laman
web rasmi FrogAsia di www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.

Semoga penggunaan FROG VLE ini akan membantu menjadi seorang pelajar yang berwawasan,
cemerlang,dan mempunyai masa depan yang gemilang
Dan
Kerjasama dan sokongan daripada Ibu Bapa diperlukan dalam memastikan kejayaan program ini.


Comments

  1. Sememangnya program lebih memudahkan.. T kasih diatas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg bgus..
    diharapkan aplikasi ini dpat mempermudah para penggunanya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog

Bawang Putih dan Bawang merah tidak boleh dicampurkan? Kenapa....!!!