Bunga Bakawali

Pokok bunga bakawali dikatakan mempunyai pelbagai khasiat termasuklah dapat mengubat masalah rabun dan mencantikkan kulit. Embun yang melekat pada bunga tersebut yang disapu pada mata pula didakwa mampu membersihkan habuk pada bahagian sensitif itu.
Orang zaman dahulu turut menggunakan kelopak bunga bakawali dalam merawat luka manakala batangnya yang sudah dikeringkan dipercayai dapat merawat masalah darah tinggi dan kencing manis dengan memakan serbuknya.
Oleh kerana rasanya begitu pahit, bahan itu biasanya diambil bersama-sama buah pisang atau daun sirih.
Selain kepercayaan mitos tentang bunga itu, pernah diceritakan bahawa seorang wanita yang sedang asyik menunggu kelopak bunga itu berkembang pada waktu tengah malam telah diganggu oleh makhluk misteri.
Kejadian itu berlaku setelah dia terlelap seketika. Sejurus tersedar, dalam cahaya samar bulan purnama dia ternampak satu lembaga putih berlegar-legar di sekitar pokok yang bunganya sedang mekar itu.
Biarpun terdapat pelbagai kisah mitos bunga bakawali terutamanya di sekitar Nusantara, kebanyakan masyarakat hari ini tidak lagi mempercayai kisah mistik tersebut. Sebaliknya mereka menganggap pokok tersebut memiliki ciri-ciri yang begitu unik.
Bagi orang Melayu zaman dahulu, pokok tersebut dikatakan dijaga olah orang bunian. Apabila tiba waktu ia berkembang, seorang dewa kayangan akan turun untuk menjaganya sehingga ia layu menjelang subuh.
Dalam kepercayaan mitos Hindu kuno, bunga tersebut dikatakan dijaga oleh Dewa Kresna. Bakawali dianggap mempunyai magis kerana mampu menghidupkan orang yang telah mati mengikut kepercayaan tersebut.
Dalam sebuah kisah Hindu di Indonesia, diceritakan bahawa Dewa Arjuna telah mati akibat terminum air sungai beracun. Namun, dia hidup kembali setelah Dewa Kresna memberinya tujuh kuntum wijayakusuma yang sedang mekar.

"Patutlah dulu arwah atok saya menanam pokok bakawali nie..
Byk yg tersirat rupanya....
Kalau nak bagi budak-budak berhenti hisap susu atau hisap jari,memang batangnya kita
gunakan teramatlah pahit...sebab saya pun pernah rasa,
sekarang pokoknya pun dah tak ada,susah nak cari."

Comments

  1. Ada sorng pak cik sy tiap2 pagi minum air rendaman btg bakawali.. pehh pahit.. :(.
    Dia bekas komando dulu & biasa minum mcm tu sbb nyamuk x gigit bila masuk hutan. Dah pencen pun masih minum dah jadi habit. Siap tanam pokok di rumah dia. Nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. ooo patut la arwah atok saya,suka
    minum airnya...tq

    ReplyDelete
  3. Sy ad tanam pokok ni..tp xpernah tahu khasiatnya..bunganya layu begitu je..haritu sekali berbunga 22 tangkai..lepas ni sy kumpul bunga bakawali..mane tau ad yg memerlukan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Bertugas Di
Klinik Metro Medics Section 26 Shah Alam (Misi Lynn)
Tel No :- 03-51915193 (Klinik) / 0126694148 (whatsapp)
Fax No :-03-51032611
Sebarang Pertanyaan Mengenai Ubat-ubatan
Dan Percutian Saya Boleh bantu anda...
Juga Berkongsi Maklumat Yang Terkini
Stokis Berdaftar Di Rashwealth Group - RS119896
SSM:- SA0392778-K

TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

ILMU PANDUAN HIDUP
ILMU ITU PELITA HATI
MENCARI KEBAHAGIAN HIDUP
BERNIAGALAH SEIKHLAS HATI

Popular posts from this blog