Demam Selsema/Flu

TANDA - TANDA BAHAYA PENYAKIT DEMAM SELSEMA - Kesukaran bernafas,bernafas laju bibir jadi kebiruan - Batuk berdarah atau kahak bercampur darah - Sakit dada yang berterusan - Cirit-birit atau muntah berterusan - Berkelakuan pelik,keliru,kurang sedar,sawan - Demam berterusan melebihi 3 hari atau kembali demam selepas 3 hari sembuh daripada demam - Pening apabila berdiri atau kuran membuang air kecil PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH PENYAKIT DEMAM SELSEMA - Etika batuk - menutup mulut&hidung ketika batuk dan bersin dengan menggunakan tisu dan membasuh tangan dengan air dan sabun.Tisu hendaklah dibuang ke dalam tong sampah - Tingkatkan penjagaan kebersihan untuk semua,mencuci tangan sebelum makan,selepas ke tandas/batuk... dengan sabun dan air atau pembersih beralkohol . - Jangan berkongsi peralatan peribadi - Penghuni yg sakit digalakkan untuk berada sekurang-kurangnya 1 meter dari yg lain - JIka penghuni yg sakit perlu keluar dari rumah dinasihatkan memakai topeng penutup dan mengamalkan etika batuk dan penjagaan kebersihan tangan

Comments

Popular posts from this blog

Ujian saringan kumpulan darah

Bawang Putih dan Bawang merah tidak boleh dicampurkan? Kenapa....!!!